Siakap Keli
Kredit gambar: Ust Ebit Lew

Jabatan Penjara Zahir Penghargaan Buat Ustaz Ebit Lew Atas Bantuan Yang Diberi

KAJANG, 9 Okt – Jabatan Penjara (JPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ebit Lew atas bantuan dan sumbangan kepada pihak penjara baru-baru ini.

JPM menerusi satu kenyataan berkata, kerjasama tersebut sentiasa dialu-alukan bagi meringankan beban kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19 yang melanda institusi penjara.

“JPM sangat bersyukur dan bernasib baik kerana terdapat pelbagai pihak badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu perseorangan yang tampil menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk membantu (institusi) penjara yang terkesan dengan permasalahan ini.

“Di samping itu, JPM memberi jaminan bahawa pihak pengurusan penjara sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal kebajikan warga jabatan yang berada di bawahnya,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Jelasnya, ia merupakan amalan dan kerjasama biasa dijalin antara pihak jabatan bersama NGO atau individu persendirian yang tampil membantu bagi tujuan tersebut.

“Oleh yang demikian, pihak JPM berharap agar isu ini tidak dipolitikkan lagi bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asalnya,” tambah kenyataan itu lagi.

Kenyataan Media:Jabatan Penjara MalaysiaPenjelasan Mengenai Bantuan Kepada Warga Penjara Di Penjara Alor Setar Dan Penjara Pokok Sena#janganputusasapenjara#penjaraprihatin#kitajagakitaAllahjagakita

Posted by Jabatan Penjara Malaysia (PRIDE-Official FB Page) on Friday, October 9, 2020

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: