Siakap Keli

Gara-Gara Bau Durian, 600 Pelajar Dan Kakitangan Dipindahkan Dari Sebuah Universiti

Gara-gara bau durian, 600 orang termasuk pelajar dan kakitangan di sebuah universiti di Melbourne, Australia terpaksa dipindahkan dari bangunan tersebut.

Kru perkhidmatan kecemasan yang memakai topeng pakar menjalankan ‘carian komprehensif’ di bangunan perpustakaan kampus universiti Royal Melbourne Institute of Technology pada petang Sabtu, selepas menerima laporan bau gas.

Jurucakap Bomba Metropolitan berkata pelajar dan kakitangan telah cemas dengan bau tersebut yang disangkakan gas kimia. Setelah diperiksa,  tiada sebarang bahan kimia ditemui, kecuali buah durian yang mempunyai bau kuat.

Buah durian yang dikatakan busuk oleh sesetengah orang itu rupanya diletakkan di dalam almari dan telah menghasilkan bau seperti gas. Ia dikatakan meresap melalui sistem penghawa dingin.

Durian adalah buah tropika yang terkenal dengan bau yang kuat. Ia biasanya diharamkan dari bilik-bilik hotel dan pengangkutan awam di seluruh Asia Tenggara.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....