Siakap Keli

Tak Perlu Losyen Mahal, 10 Bahan ‘Alami’ Ini Bantu Merawat Tumit Pecah Dan Melembutkan Kaki

Dipetik daripada portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, satu per empat daripada tulang didalam badan kita terletak dikaki. Jadi, jika tulang-tulang ini tidak sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil. Kaki yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul boleh menimbulkan masalah seperti jangkitan kulat, kulit kaki kering dan tumit pecah, kematu, cekam, atau ketuat.

Tumit pecah kelihatan sangat ketara kerana garisan hitam yang wujud membuatkan kaki kita seperti tidak bersih.  Sering kita lihat situasi ini terjadi kepada para wanita namun, ada juga lelaki yang mengalami masalah ini.  Muda atau yang tua juga tidak terkecuali.  Terdapat beberapa produk di farmasi yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah tumit pecah, tetapi adalah lebih baik jika kita menggunakan bahan-bahan alami yang sudah pasti tidak terkandung sebarang bahan kimia.

via GIPHY

Jadi, bagaimana caranya merawat masalah tumit pecah dengan kaedah semula jadi? Kaedah semula jadi seperti dibawah memerlukan rawatan secara berkala, oleh itu, janganlah malas ya kalau nak cantik!

Antara petua yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

Selamat mencuba!

Petua 1

Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama setengah jam. Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh tumit kaki yang halus dan cantik.

Petua 2

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit kaki anda yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.

Petua 3

Geselkan tumit kaki anda yang pecah pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.

Petua 4

Sapukan tumit kaki anda yang pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya.

Petua 5

Anda juga boleh menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya anda menampakkan hasilnya.

Petua 6

Selain itu, anda boleh juga menggunakan belimbing buluh. Dengan cara menggosok tumit kaki pecah dengan buah itu. Kemudian guna berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki yang pecah.

Petua 7

Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya anda menggunakan garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki anda yang pecah menjadi licin.

Petua 8

Petua ini sangatlah mudah untuk anda lakukan. Hanya sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari dan lakukan sehingga kaki sembuh.

Petua 9

Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Kemudian rendamkan kaki anda selama 10 minit. Amalkan setiap hari sehingga tumit kaki pecah anda hilang.

Petua 10

Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di