Siakap Keli

(Video) Facebook Bakal Keluarkan ‘Feature’ Baru Cari Jodoh Untuk 200 Juta Pengguna Yang Masih ‘Single’

Mark Zuckerberg baru-baru ini mengumumkan ‘feature’ terbaru Facebook yang dipanggil ‘Dating’ yang bakal diwujudkan didalam aplikasi rangkaian sosial itu sendiri. Ia akan membolehkan pengguna Facebook membuat profil berasingan dari akaun utama Facebook mereka untuk ‘mencari jodoh’. Kedua-dua profil ini tidak berkait antara satu sama lain. Ini bermaksud rakan Facebook korang tidak dapat melihat aktiviti yang berlaku pada profil yang satu lagi.

Ciri diperkenalkan selepas beliau sedar terdapat hampir 200 juta pengguna Facebook masih berstatus bujang dan daripada itu, Zuckerberg merancang sesuatu melalui platform itu sendiri dan menjanjikan ciri ini dapat dikendalikan dengan lebih baik.

Untuk membantu memastikan dua versi Facebook korang tidak berkait, profil ‘Dating’ korang hanya akan menggunakan nama pertama dan rakan Facebook korang juga tidak akan muncul sebagai ‘potential’ jodoh. ‘Dating’ juga mempunyai ‘inbox’ yang hanya membolehkan korang menghantar mesej berasaskan teks sebagai langkah-langkah keselamatan.

Facebook akan menggunakan algoritma unik untuk memadankan korang dengan tarikh yang berpotensi, berdasarkan pilihan ‘dating’, minat yang sama dan sebagainya.

Ciri utama Facebook yang membezakan ‘Dating; dengan aplikasi lain adalah, korang boleh ‘unlock’ acara berdekatan untuk melihat jika ada ‘jodoh’ berdekatan yang turut mempunyai minat yang sama dengan korang. Daripada situ, korang boleh start ‘chatting’ dan jika semuanya berjalan lancar, bolehlah buat berjumpa secara depan-depan.  Macam best je!

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WFsh_wBYoZM]

Sumber: Refinery29TIME

Nur Farra