Siakap Keli

Pernah ‘Viral’ Suatu Ketika Dahulu Kerana Berjaya Digelar Jutawan Diusia 24 Tahun, Syafieqah Kongsi Rahsia Kejayaan Untuk Dijadikan Inspirasi

Beberapa tahun lalu gadis ini pernah ‘viral’ kerana berjaya memiliki rumah teres jenis superlink dan kereta mewah jenama Subaru di usia mudanya, 24 tahun.  Bermula dengan gaji RM1,600, beliau kini berstatus jutawan hartanah apabila memiliki 3 aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit.

Tahun ini sekali lagi, pemilik nama Syafieqah Alya berjaya mencapai salah satu matlamatnya iaitu untuk menghadiahkan kereta kepada ibu dan kakaknya.  Walaupun pernah melalui jatuh bangun diawal usia, pengalaman itu tidak pernah sekalipun menjatuhkan semangat Syafieqah untuk terus kedepan dan memberi inspirasi kepada ramai lagi anak muda diluar sana untuk menjadi sepertinya.

Ikuti perkongsian daripada Syafieqah sendiri sebagai panduan buat yang ingin menjadi seperti beliau dan mencapai apa pun yang anda inginkan tanpa memikirkan apa pun orang akan kata.

Alhamdulillah, angan-angan aku dulu akan jadi kenyataan.

Dulu waktu aku masih belajar lagi, aku dah ada bermacam planning. Antaranya beli kan mak rumah, nak ada sama tangga gaji macam mak aku sebab nak ‘take over’ tanggungjawab jaga keluarga dan last sekali nak mak aku berhenti kerja serta pencen rehat di rumah.

Pelik kan, orang lain planning lepas habis belajar nak kahwin, nak beli kereta apa, nak kerja kat mana tapi planning aku sebaliknya.

Teringat pesanan seorang anak muda kepada aku, ‘kau tak payah susah-susah kerja kuat macam ni. Waktu muda ni adalah waktu untuk kita enjoy. Sebab muda hanya sekali dalam hidup kita. Mak ayah kan ada rumah sendiri dan dah ada kereta, guna saja mereka punya’. Waktu ni aku terus terdiam, bukan sebab termakan dengan kata-katanya, tapi aku nak buktikan kata-kata ni silap.

Matlamat dan niat aku untuk kerja sungguh-sungguh cari rezeki adalah sebab untuk keluarga aku sendiri. Bukan untuk diri aku seorang. Aku punya prinsip sendiri, hari ni aku bahagiakan orang yang aku sayang, in shaa Allah Tuhan mudahkan jalan dan kebahagiaan aku pula akan tiba.

Tahun ni bermacam planning yang aku dah rancang tetapi kita hanya hamba yang lemah, Tuhan ‘hold’ kan niat aku dulu. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain juga. Alhamdulillah aku berjaya hadiahkan kereta kepada kakak dan mak aku tahun ni.

Tiada kata mampu aku ungkap lagi. Aku bahagia melihat senyuman mereka, kegembiraan mereka, dan paling aku tak lupa pelukan mesra mereka. Tuhan lambatkan jodoh aku untuk aku bahagiakan keluarga aku dulu. Aku bersyukur dengan nikmat ini.

Hari yang aku tunggu-tunggu untuk suprisekan mak aku di tempat kerjanya telah berlalu pada khamis lepas. Aku belikan bunga dan cookies letak dalam paper bag. Terselit kunci kereta dengan reben dalam beg tu, aku minta mak tengok apa yang ada dalam beg tu. Mak aku jerit dan happy sangat. Syukur Alhamdulillah.

Cerita ini dikongsi untuk inspirasi. Matlamat yang jelas, niat yang baik, planning dan berusaha, selebihnya serahkan pada Nya. In shaa Allah Tuhan mudahkan jalan kita.

Terima kasih semua baca sampai habis.

Nur Farra