Siakap Keli

“Dia Tak Boleh Makan Dan Berjalan Kerana Tumor Membesar 4kg Setiap Minggu”, 20 Pakar Bedah Diperlukan Untuk Buang Tumor Ovari Seberat 14kg

Seramai 20 pakar bedah bekerja selama 5 jam untuk membuang ketumbuhan ovari seberat 14 kilogram daripada tubuh seorang wanita.  Ini merupakan salah satu proses pembuangan tumor terbesar yang pernah dilakukan.

Tumor itu mula membesar pada kadar 4 kilogram setiap minggu pada bulan November lalu.  Pasukan perubatan termasuk 12 pakar bedah bertungkus-lumus mengeluarkan tumor tersebut.

“Semasa pembedahan, kami mengeluarkan tumor raksasa yang berasal dari ovari kirinya. Kami mengeluarkan ovari kiri, tiub kiri (fallopian), dan kami mengeluarkan tisu peritoneal yang terjejas.” – Dr. Vaagn Andikyan

“Tumor berasal dari sel epitelium yang melekat pada ovari dan ianya bersifat ‘mucinous,’ bermakna ia dipenuhi dengan bahan seperti gelatin yang dihasilkan oleh sel-sel tumor.”
“Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan tumor yang bersaiz sebesar ini, ia menyebabkan pesakit tidak boleh makan dan tidak boleh berjalan.”

Tumor ovari mukosa membentuk kira-kira 15% daripada semua tumor ovari dan terkenal sebagai salah satu jenis tumor terbesar yang pernah ditemui.

Salah satu tumor terbesar yang diambil dari manusia ialah tumor ovari 303 paun yang dikeluarkan di Hospital Stanford pada tahun 1991, menurut laporan tahun 1994.

Dalam kes yang baru dilaporkan, doktor mengeluarkan tumor seberat 132-pound serta 6 paun tisu dinding abdomen dan kulit berlebihan yang telah diregangkan oleh tumor. Para doktor juga perlu membina semula perut pesakit yang telah menjadi ‘cacat’.

Apabila pesakit pertama kali berjumpa dengan doktor di Hospital Danbury, dia sangat kurus dan tidak dapat berjalan kerana pembengkakan kaki dan berat tumor. Dia perlu menggunakan kerusi roda untuk berjalan.

“Kakinya membengkak sehingga tidak dapat berjalan. Saya tak pernah melihat keadaan kaki yang bengkak sebesar itu.”

“Saya melihat ketakutan dalam mata pesakit. Dia bimbang jika tidak ada harapan untuk pulih, kerana dia telah pergi berjumpa beberapa doktor lain, dan mereka tidak dapat menolongnya.”

“Para doktor dapat menyelamatkan rahim pesakit dan ovari kanannya, ini bermakna dia masih boleh melahirkan anak jika dia mahu.”

“Kami ingin menggalakkan para wanita untuk berjumpa doktor jika mempunyai gejala-gejalal seperti ini termasuk sakit perut atau pelvis, kembung, kerap buang air kecil dan perubahan haid yang tidak teratur.”

“Jika ada yang mengadu mengalami perut penuh atau senak, sangat penting untuk anda terus berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut.”

Siakapkeli.my

Sumber: CNN

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di