Siakap Keli

Korang Tahu Tak Solat Tarawih Bakar 200kcal Kalori? Ini 8 Tip Diet Di Bulan Ramadhan Untuk Yang Berhasrat Nak Kurus Di Hari Raya

Mesti ramai yang mengharapkan bulan puasa yang akan tiba tak lama lagi ni dapatlah turunkan sikit berat badan tu.  Ye tak?  Hal ini adalah kerana saat kita berpuasa, kita harus menahan lapar dan dahaga selama lebih dari 12 jam setiap hari.  Tapi, ada juga yang puasa bagai nak rak, siap bersenam lagi tapi alih-alih bila timbang berat, berat makin naik. Bagaimana hal itu terjadi?

Jika hal ini terjadi, cuba tengok balik apa yang korang dah buat masa Ramadhan lepas.  Ingat, kunci untuk menurunkan berat badan adalah konsistensi untuk mengubah tabiat buruk dan mengatur semula pola makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang korang boleh terapkan masa bulan Ramadhan yang akan datang ni:

 Jangan lewatkan makan sahur

Sahur bantu korang kawal diri supaya tidak makan secara berlebihan waktu berbuka nanti.  Jadi, jangan lewat-lewatkan sahur dan pastikan pemilihan menu makanan tu diseimbangkan dengan karbohidrat kompleks dan makanan berserat.  Janganlah selalu sangat makan makanan yang bergoreng eh kalau nak kurus.

via Kevin Zahri

Makan secara perlahan dengan ‘portion’ secukupnya

Makanan yang tak dikunyah dengan baik akan sukar untuk dicernakan.  Oleh itu, perut korang akan mengalami gangguan pencernaan.  Jadi, cuba bangun sahur lebih awal dan nikmatilah waktu sahur bersama keluarga.

Kunyah makanan secara perlahan agar otak korang ‘sedar’ bila masa perut sudah bagi ‘signal’ kenyang dan berhenti makan.  Beri sedikit ruang untuk perut bernafas.

Hindari tidur selepas sahur

Yang ni mesti ramai susah nak buat kan?  Apa kata sementara tunggu waktu azan berkumandang tu, lakukan senaman ringan untuk menggantikan perasaan mengantuk tu.  Tips ni akan buat korang segar sepanjang hari.  Jangan berlari pula ya, takut tengah hari nanti buka peti sejuk.

Jaga tubuh agar tetap terhidrasi

Kekurangan air akan buatkan korang ‘dehidrate’ di siang hari.  Cuba untuk minum 2 gelas air pada waktu sahur, 2 gelas sewaktu berbuka dan 4 gelas dari makan malam sehingga menjelang waktu tidur.  Selain itu, banyakkan juga buah-buahan yang memiliki kandungan air yang tinggi seperti tembikai, kurma, timun, kelapa dan anggur.

via yourfabulousmama

Kawal diri sewaktu berbuka

Waktu berbuka merupakan momen paling kritis untuk dikawal apatah lagi jika ingin menurunkan berat badan.  Jangan sesekali ‘balas dendam’ dengan lambakan makanan selepas penat berpuasa satu hari.  Cuba ikut sunah Rasullulah dengan mengambil beberapa biji kurma dan segelas air putih terlebih dahulu.

Selepas itu, korang akan terkejut dan mula menyedari bahawa korang takdelah terlalu lapar dan boleh mengawal makanan seterusnya dengan baik.

Tahan keinginan untuk makan makanan manis

Selama berpuasa, kadar gula dalam darah menurun sehingga membuatkan korang ‘craving’ makanan manis sewaktu berbuka.  Walhal korang tahu kan terlalu banyak makanan manis boleh membuatkan nafsu makan jadi tak menentu.

Kalau korang tak biasa lagi nak kawal, mungkin boleh ambil beberapa potong buah sebelum makan berat.  Gula dalam buah secara tak langsung membantu menekan nafsu makan korang dengan cara yang lebih sihat.

Kawal kuantiti makan malam

Terlalu banyak makan sewaktu berbuka bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan pencernaan malah menambahkan berat badan.  Apa yang korang boleh buat? Cuba makan secara berperingkat.  Sedikit selepas berbuka, sedikit lagi selepas solat maghrib dan diselang lagi selepas solat tarawikh.

Cara ini membantu memberikan waktu pada otak untuk mengirim signal kenyang pada perut.

Banyakkan sayur dan buah diatas meja makan

Kalau susah nak makan buah seketul-seketul, boleh kisar dan jadikan jus atau smoothie.  Selain memberikan vitamin, mineral dan antioksidan, sayur dan buah mengandungi cecair dan serat yang menghindarkan korang daripada dehidrasi serta membuatkan rasa kenyang lebih lama.

Tetap aktif bergerak dan senaman ringan

Orang kata masa bulan puasa ni kalau tak pergi gym pun takpe asalkan pergi solat tarawikh.  Laksanakan solat tarawikh 8 rakaat (1 jam 15 minit) boleh bakar sebanyak 200kcal kalori!

Korang boleh juga buat senaman ringan sejam sebelum berbuka, kerana tubuh lebih cepat bakar lemak sewaktu perut kosong.  Kalau taknak berlari sangat, jalan-jalan atau bersihkan laman rumah pun dah memadai.

Dengan tips-tips diatas diharap korang boleh menjalankan ibadah puasa kali ini dengan lebih sihat dan seimbang sekaligus dapat menurunkan berat badan juga sebelum raya.  Selamat berpuasa!

Siakapkeli.my

Sumber: Web Kesehatan Indonesia

Nur Farra