Siakap Keli

(Video & Gambar) Terkini: Gunung Berapi Di Hawaii Meletus Dan Mula Memuntahkan Lava Selepas 250 Gempa Bumi Dalam Masa 24 Jam

Sejumlah 10,000 orang penduduk Hawaii telah diarahkan untuk mengosongkan penempatan mereka selepas gunung berapi Kilauea Big Island meletus dan mula memuntahkan lava serta mematikan gas ke udara.  Kejadian ini berlaku selepas mereka mengalami 250 gegaran dalam masa 24 jam.

Pandangan di dalam salah satu lubang haba di dalam volcano, menunjukkan magma terik yang menunggu untuk meletus

Letusan itu disertai dengan gempa bumi sebesar 5.0 magnitud, diikuti oleh ratusan gegaran yang lebih kecil. Siren amaran dibunyikan pada jam 4.30 petang semalam dan menggesa penduduk untuk menjauhi aliran lava yang menghampiri kawasan tempat tinggal mereka. Retakan sepanjang 492 kaki kelihatan dengan lava yang mengalir kira-kira dua jam memburukkan lagi keadaan. Seorang ahli geologi berkata, letupan akan berterusan beberapa jam lagi.

Bahaya sulfur dioksida yang tinggi telah dikesan di udara dengan kesan yang amat berbahaya kepada manusia jika dihidu serta boleh menyebabkan hujan asid jika digabungkan dengan air. Salah seorang penduduk memberitahu bahawa mereka melihat ‘mata air lava’ memercik keudara dengan ketinggian 150 kaki serta lava mengalir sehingga ke Jalan Mohala di Leilani Estates.

Gabenor David telah mengisytiharkan darurat serta mengarahkan Pengawal Kebangsaan untuk membantu rakyat tempatan. Asap tebal daripada gunung berapi itu boleh dilihat dari jauh dan pakar mengatakan bahawa mereka tidak dapat menjangka berapa lama letusan itu akan bertahan. Pegawai bertugas juga sudah menaikkan amaran pada tahap yang paling tinggi untuk mengelakkan penduduk tempatan daripada menghampiri gunung berapi tersebut.

Mengejutkan dinding lava yang berapi-api dilihat di hujung jalan di Leilani Estates di mana pihak berkuasa telah memerintahkan penduduk untuk berpindah

Pusat komuniti yang berdekatan telah dibuka untuk perlindungan. Uber juga telah mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan dua perjalanan percuma pergi balik kepada setiap pengguna ke atau dari mana-mana tempat perlindungan yang disediakan dengan menggunakan kod khas. Kod ini meliputi perjalanan sehingga kos maksimum $50.

Penyiasatan Geologi AS mengatakan retakan tanah dilaporkan pada Khamis lalu dan wap panas muncul daripada lava yang retak dan mula meletus. Pegawai Pemerhati juga telah mengenal pasti pergerakan magma di zon tebing timur yang lebih rendah, oleh itu mereka mendesak agar semua penduduk untuk terus bewaspada.

Gempa ini merupakan gempa paling kuat setakat ini selepas beberapa gempa yang pernah meletus di pulau tersebut. Semua akses awam dari Daerah Puna di pulau, berhampiran Kalapana, telah ditutup awal minggu ini, dan pelawat telah diberi amaran untuk mengelakkan letusan. Lawatan peribadi, termasuk lawatan bot dan hiking, juga dihentikan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sxyotaytAS0]

Siakapkeli.my

Sumber: Dailly MailCBSN

Nur Farra