Siakap Keli

“Bila Dia Lari Saya Perasan Kaki Dia Lain Macam, Sejak Tu Mula Tak Sedap Hati”, Ibu Kongsi Kesan Anak Kerap Duduk Dalam Posisi ‘W’

Saat anak anda leka bermain, adakah posisi duduk mereka seperti membentuk huruf W?

Posisi ini memang umum dipilih oleh anak-anak terutama ketika mereka sedang bermain, pun begitu kedudukan ini ternyata mendatangkan masalah kesihatan seperti gangguan pinggul, otot mengeras serta masalah lain.

Perkongsian daripada Puan Nur Azlina Azman ini wajar dijadikan rujukan para ibu bapa untuk sentiasa memerhati perilaku anak-anak yang selama ini kita tidak sedar akan mendatangkan impak buruk kepada kesihatan mereka.

Jika dilihat mungkin tiada apa yang menganggu tumbesaran mereka dengan posisi W tersebut, namun ianya sangat merbahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggul, lutut serta pergelangan kaki mereka.

Jadi, jika anda melihat anak kecil duduk didalam posisi ini, tegur secara lembut sambil perbetulkan kakinya dan bantu mereka duduk dengan kedua kaki bengkok di depan.  Mari kita baca perkongsian daripada Puan Nur Azlina, semoga memberi manfaat kepada kita semua terutama para ibu bapa.

Sharing Is Caring … Tujuan ina share ni sebab terjadi pada anak sendiri.. Ayyash.. Macam ina bgtau kat posting sebelum ni.. Ayyash duduk ‘W’ masa dia mula2 start belajar duduk.. walaupun ina tahu keburukan duduk macam tu.. tapi masa tu ina pikir mungkin ayyash tgh belajar posisi duduk yang dia nak.. dari usia 5-6 bulan ayyash start duduk mcm tu sikit kami x terfikir nak betulkan cara duduk W dia tu.. lama2 nampak makin kerap ayyash duduk macam tu sampai dah jadi selesa kat dia.. sedar tak sedar ayyash 11 bulan masih duduk mcm tu.. sejak tu kami akan betulkan cara ayyash duduk klu kami nampak..

Mungkin ada sesetgh cakap.. “Alaa anak aku duduk mcm tu elok je.. dah besar pun ok je…” kalau ina jenis berfikiran macam tu juga.. mungkin ina x kan perasan kesan buruk pada ayyash.. ina akan fikir.. Ayyash berlari jatuh tergolek tu normal.. ayyash tiba2 jatuh tu normal.. ayyash jalan jalan tiba2 jatuh tu biasa je.. ayyash x kukuh berdiri jika ada terlanggar sesuatu tu normal.. tapi itu bukan cara ina.. sbb dari anak sulung.. no dua dan yang last ni ina jenis 24jam sebolehnya nak tengok perkembangan dan tumbesaran anak.. rezeki ina dapat jaga uruskan mereka dari lahir.. jadi bila nampak sesuatu yang pelik.. mula la hati ni tak tenang…

Pendekkan cerita.. ayyash start bertatih umur setahun suami belikan sport shoes ngan ala2 crocs.. konon yg ala2 crocs tu buat pakai harian.. masa ayyash duk jalan kami nampak dah cara dia berjalan lain macam je lentuk kaki dia tp nmpk mcm kiutt je nak2 sebab dia #DakCinonet.. ok jelah la kan nampak.. yang tak ok nya.. bila ayyash mula berlari.. ina perhatikan je cara ayyash berlari.. aikk.. nape nampak lain mcm je kaki dia sejak tu hati mula tak sedap.. bila makin galak ayyash suka berlari lari sejak tu la ina pasan ayyash kerap jatuh.. x semena mena jatuh..

dan keadaan kaki dia ketika berlari dan jatuh amat merisaukan.. lagi2 bila pakai ala2 crocs tu.. ina bgtau suami.. suami kata mungkin kasut tu tak sesuai ngan kaki ayyash.. ok.. sejak tu pakaikan dia sport shoes je.. tetap juga cara lari dia merisaukan tetap juga ada jatuh2 walau x seteruk masa pakai ala2 kasut crocs… Alhamdulillah..

Apa yang menyedihkan lagi bila badan ayyash tiba2 makin berisi otot dia x kuat dan ayyash mudah jatuh walaupun tengah berjalan.. boleh tengok gambar lutut yg tengah tu.. kedudukan lutut dia tak normal.  Kesiannya anak mama.. sedih sgt mama syg.. skang mama papa sedang usahakan bawak ayyash berurut.. lakukan excise yang Doc ajar dan tengok lepas tu macam mana.. jika masih tak nampak berubahan kena lah refer pakar demi kebaikkan ayyash.. Auntie Uncle tolong doakan yang terbaik tuk Muhammad Ayyash Aydan yea..

Sumber: Nur Azlina Azman

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di