Siakap Keli

Shafie Apdal ke Istana Negeri Mengadap Yang Dipertua Sabah

Petang ini menyaksikan kehadiran kunjungan Parti Warisan Sabah yang diketuai Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Istana Negeri.

Tujuan kunjungan untuk mengadap Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin masih belum dikenal pasti.  Namun ura-ura mengatakan tujuan sebenar adalah untuk memaklumkan parti itu sudah cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baru di Sabah.

Usul ini dibuat apabila Mohd. Shafie menentang pembentukan kerajaan baru hasil gabungan parti Barisan Nasional dan Parti Solidariti Tanah Airku yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Siakapkeli.my


Sumber: Kosmo Online

Nur Farra