Siakap Keli

Kadar GST 6% Dimansuhkan Bermula 1 Jun Ini – Kementerian Kewangan

Seperti yang dijanjikan, kerajaan baru ini akhirnya melaksanakan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula pada 1 Jun ini.

Tindakan ini dibuat seperti yang termaktub didalam manifesto Pakatan Harapan dan hal ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang telah mengeluarkan surat pekeliling seperti dibawah mengenai perkenan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada kadar sifar.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.

Sebelum ini Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa kerajaan terdahulu sudah memungut jumlah lebih berbanding jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat.

Siakapkeli.my


Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Nur Farra