Siakap Keli

Keajaiban 10 Malam Terakhir Ramadhan, Ustazah Bahyah Kongsi Amalan Yang Praktikal Untuk Dilaksanakan

Semua orang pun tahu 10 malam terakhir Ramadhan memiliki keistimewaan yang lain daripada bulan-bulan lain.  Seperti yang telah disebutkan sebelumnya bahwa Rasulullah melaksanakan banyak ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan, bagaimana dengan kita yang hanya umatnya dan memiliki banyak dosa.

Jika kita ingin mendapatkan keutamaan di sepuluh malam terakhir dan dijauhkan dari api neraka maka banyak-banyaklah beribadah terutama shalat sunnah, membaca Alqur’an, berzikir, berdoa dan lain sebagainya.

Ustazah Siti Nor Bahyah, melalui akaun Facebooknya berkongsi beberapa amalan pada 10 malam terakhir yang membawa 1000 kebaikan.  Siapa diantara kita yang ingin melepaskan ganjaran ini?  Tentulah tidak kan?  Oleh itu, hendaklah kita berlumba-lumba dalam melaksanakan ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan, mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan.  InsyaAllah.

Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:

Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadhan:

1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pd malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 thn.


2. Solat 2 rakaat setiap mlm, jika ia jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.


3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap mlm, jika jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 thn.

Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dpt hasil yg lumayan dlm akaun kita.

In Shaa Allah.

Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. JOM MULAKAN SEKARANG !


Siakapkeli.my


Sumber: Ustazah Siti Nor Bahyah

Nur Farra