Siakap Keli

(Video) “Tergamak Kamu Cemarkan Hari Suci Ini Dengan Perbuatan ‘Parodi’ Kamu Yang Hina”, Da’i Wan Kesal ‘Amarannya’ Dipandang Remeh

Mungkin terlalu taksub inginkan perhatian atau hanya suka-suka, medium media sosial zaman ini dijadikan sebagai laluan komunikasi untuk menyampai perkara-perkara samada baik atau pun tidak.

Ianya seperti hiburan bergerak dimana kita semua boleh mendapati apa saja yang terlintas difikiran hanya dengan dihujung jari.

Namun, ianya akan menjadi sangat berat jika medium ini disalah gunakan apabila melampaui batas agama dan tingkah laku.  Tanpa kita sedar, perlakuan ini berlaku kerana ‘hidup untuk media sosial’.

Da’i Wan, seorang penceramah bebas yang mula dikenali sejak menyertai salah sebuah program realiti dakwah tempatan.  Nama beliau mula disebut-sebut apabila pada tahun lepas beliau telah menegur salah seorang ‘influencer’ terkenal dengan video-video parodi yang ‘lagaknya’ seperti perempuan.

Situasi itu membuatkan Da’i Wan terpanggil untuk mengulas dan turut memberi nasihat tentang akibat jika mereka ini terus melakukan perkara yang sama dengan sengaja walaupun hanya untuk suka-suka.

Walaupun nasihat dan ‘amaran’ itu sudah jelas disampaikan, tetapi mereka ini masih melakukan perkara yang sama (video parodi menjadi perempuan).  Sehingga semalam, Da’i Wan sekali lagi memuatnaik status ‘amaran’ melalui laman Instagram miliknya yang ditujukan khas kepada orang yang sama.

Jelas melalui ‘amarannya’ itu, Da’i Wan sangat kecewa dan turut menyatakan rasa kesal apabila video itu tular dibulan Ramadhan ini dengan hashtag yang digunakan #NerakaisBack #MohonKecam.

@thefaizroslan . . . Kamu muncul semula dengan parody ke 2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam. . . Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral, dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sbb itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ni, Faiz. . . Now, saya dh tahu. Kamu dan kawan2 sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dgn parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu shjlah. . . @thefaizroslan , percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sdgkan banyak lagi jalan yg tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dgn kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni skjp shj Faiz. Jgn jadikan yg sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan org yg dungu, Faiz. 1 lg, Neraka, jgn sesekali dibuat main, kamu x kan mmpu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yg kamu tak lama hidup didunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akn dihisab. Diserah pd tgn kiri habislah semua rasa seronok yg pernah kamu rasa di dunia. . . Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dgn perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?. . . Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan 1 Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dgn sengaja utk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yg lain akan pastikan yg kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini. . . Take note that.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on 

Video Parodi:

A post shared by F A I Z ⚰️ (@thefaizroslan) on 

A post shared by F A I Z ⚰️ (@thefaizroslan) on 

Siakapkeli.my

Sumber: Da’i Wanthefaizroslan

Nur Farra