Siakap Keli

(Video) Tindakan Jijik Seorang Wanita ‘Naik Gila’ Buang Air Besar Di Lantai Restoran Dan Melemparkan Tahinya Ke Arah Pekerja

Seorang wanita di Kanada melakukan sesuatu yang menjijikkan apabila membuang air besar dihadapan kaunter restoran dan kemudia melemparkan najisnya ke arah pekerja disitu.

Didalam video yang dirakam melihat wanita terbabit seperti bertengkar dengan pekerja restoran berkenaan sebelum memutuskan untuk buang air besar disitu.

Dia kemudiannya mengambil tisu yang berada dikaunter, menanggalkan jaket yang diikat dipinggangnya dan melondehkan seluar serta merta.

Tanpa segan-silu, wanita terbabit kemudian menggosok najisnya menggunakan tisu dan kemudian mengambil najis yang berada dilantai restoran untuk dilempar kepada pekerja tersebut.

Tidak pasti atas sebab apa wanita itu berkelakuan sedemikian, namun ada media melaporkan bahawa dia bertindak seperti itu kerana dihalang menggunakan tandas direstoran itu oleh pekerja berkenaan.

Di Kanada, jika seseorang itu melakukan perbuatan bertujuan menghina atau menyinggung mana-mana pihak, individu itu boleh didapati bersalah dan akan membawa hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih menyiasat punca kejadian.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TNQjc7pmuxo]

Siakapkeli.my


Sumber: Daily Mail

Nur Farra