Siakap Keli

Nak Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapa, Tapi Betis Anak Aku Umur 7 Tahun Hampir Koyak Dirotan Disekolah – Bapa

Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa anaknya menjadi mangsa rotan seorang cikgu disiplin di sebuah sekolah. Melalui perkongsian yang sama, lelaki tersebut turut menyatakan kekesalan dengan tindakan yang diambil oleh cikgu yang disifatkan terlalu mengikut perasaan bairpun mengakui anaknya sedikit nakal.

”Diluah mati emak, ditelan mati bapa, itulah pepatah Melayu telah berkata. Aku tak tahu bagaimana hendak memulakan cerita yang terjadi dalam diri ini.

”Hari ini 22 Mei, dalam pukul 1.30 petang anak aku balik dari sekolah dan telah memberi tahu yang dia di rotan oleh guru disiplin, membuatkan anak aku tidak larat untuk berpuasa,”katanya.

Lelaki tersebut turut menceritakan semula apa yang diberitahu oleh pelajar tersebut kepadanya.

‘Papa, Issac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu dan cikgu cakap tolong beritahu Papa yang cikgu rotan Issac.



”Kalau tidak beritahu Papa, nanti esok cikgu rotan lagi,” kata anaknya.

Menurutnya itulah perkara pertama yang diberitahu oleh anaknya sebaik sahaja sampai dirumah. Pada awalnya, lelaki tersebut menganggap denda tersebut dikenakan atas kenakalannya dan tidak perasan dengan kecederaan pada kaki anaknya.

‘Tiba-tiba anak aku datang menunjukkan bekas atau kawasan yang dirotan. Itupun anak aku telah sapu sendiri dengan minyak gamat.

”Luluh hati ini berderai air mata aku bila melihat betis anak aku hampir koyak dirotan oleh cikgu disiplin. Anak aku mungkin nakal tetapi umurnya baru 7 tahun. Sungguh kejam cikgu perlakukan sebegini.

”Jika saudara saudari yang mempunyai anak, adakah anda sanggup anak anda di perlakukan sebegini?” ujarnya lagi.

Lelaki tersebut kemudian cuba meminta penjelasan pihak sekolah bagaimanapun dia mendakwa pihak sekolah memberi pelbagai alasan untuk mengelak dan bekerjasama.

Sehubungan itu, dia telah pun membuat satu laporan polis dan membiarkan perkara tersebut diselesaikan oleh pihak berkuasa.

‘Aku telah membuat laporan polis, biarlah polis yang menguruskan. Dan report perubatan dari Hospital Ampang juga telah dibuat. Aku tidak berdendam. Geram tetap geram. Tetapi aku pun ada perasaan.

”Aku tahu cikgu pun ada keluarga aku tidak kejam untuk memenjarakan cikgu. Cikgu bila buat kerja biar guna otak jangan ikut nafsu. Tetapi ini adalah permulaan. Cikgu, Sean Isaac Sharwane anak aku,” tambahnya.

Perkongsian tersebut yang telah mendapat lebih 22 ribu like dan 15,770 perkongsian setakat ini nyata menarik minat netizen untuk berkongsi pendapat.

‘Macam merotan penjenayah, tukar kerja la cikgu. Jadi tukang sebat dekat penjara. Dekat penjara memang memerlukan tukan sebat tangan sekuat awak ini,” kata seorang netizen.

”Sedih tengok budak-budak kena pukul macam ini. Kita tahu anak kita nakal tapi kalau pukul sampai luka-luka begini memang patut buat laporan polis,” seorang lagi netizen memberi pendapat.

Sumber :  Lebai Kay Khairil Sharwane

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.