Siakap Keli

Pakistan Dilanda Gelombang Panas Dengan Suhu 44 Darjah, 65 Orang Dilaporkan Maut

Ramadhan tahun ini menyaksikan penduduk di Karachi, Pakistan menghadapi gelombang panas suhu sehingga mencecah 44 darjah celsius yang juga telah membunuh 65 orang rakyat disana.

Dalam tiga hari ini, jumlah kematian dijangka bertambah.

Faisal Edhi dari Yayasan Edhi mengatakan, sebahagian besar mangsa berasal dari wilayah miskin di Karachi.

Yayasan Edhi merupakan lembaga amal yang menyelia pelbagai projek kebajikan dengan perkhidmatan ambulan dan rumah perlindungan.

“Sebanyak 65 orang telah meninggal dalam tiga hari terakhir,” katanya kepada Reuters.

“Ada jenazah yang tersimpan di ruang pendingin kami dan doktor menyatakan mereka meninggal kerana serangan gelombang panas,” ucapnya.

Edhi memberitahu bahawa mangsa kematian merupakan pekerja kilang yang berdepan dengan mesin panas selama 8 hingga 9 jam.

Namun syarikat perkilangan terlibat menafikan penyebab kematian pekerja mereka disebabkan oleh gelombang panas mesin.

Suhu panas wilayah itu dijangka akan kekal di atas 40 darjah celsius sehingga Khamis ini, 24 Mei 2018.

Sebelum ini, laporan kematian akibat serangan gelombang panas di Karachi pernah terjadi pada 2015 dan menyebabkan sejumlah 1,300 orang terkorban.

Siakapkeli.my
Sumber: Daily Mail

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di