Siakap Keli

(Video) ‘Penyelidik’ Jepun Buru Dan Bunuh 333 Ekor Ikan Paus Atas Nama Sains, 122 Daripadanya Adalah Paus Bunting

Lebih daripada 120 ekor ikan paus yang bunting antara beratus-ratus ikan paus yang diburu dan dibunuh, dalam kempen pemburuan terbaru Jepun di Antartik, sekaligus menimbulkan kebimbangan dunia terhadap aktiviti negara tersebut.

Sehingga kini, sejumlah 333 ekor ikan paus mink dibunuh dengan negara Matahari Terbit itu memberi alasan ia dibuat atas nama program penyelidikan ikan paus. Melalui program tersebut, Jepun melaksanakan pemburuan ikan paus setiap tahun di Laut Selatan.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 122 ekor paus tersebut adalah paus yang sedang bunting manakala 114 lagi adalah paus muda. Jumlah tersebut berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam mesyuarat International Whaling Commission’s (IWC) bulan lepas.

Japan sebelum ini telah menandatangani moratorium yang diusahakan oleh IWC dalam mengawal aktiviti pemburuan tersebut. Namun kelompongan yang wujud dalam penjanjian tersebut digunakan sepenuhnya oleh Jepun untuk meneruskan aktiviti pemburuan pausnya dengan menggunakan sains sebagai alasan.

Namun pengkritik berpendapat, Jepun memberikan alasan tersebut untuk mengelabui mata dunia mengenai tujuan sebenar mereka iaitu paus diburu untuk industri, dimana daging paus tersebut diproses dan dijual untuk dimakan.

”122 ekor paus bunting yang dibunuh adalah statistik yang mengejutkan dan ia petunjuk betapa kejamnya aktiviti pemburuan paus yang diamalkan di Jepun,” kata Alexia Wellbelove, Pengurus Program Pertubuhan Kemanusian Antarabangsa.

Dua kapal Jepun sebelum ini terlibat dalam pemburuan pada musim panas lalu di mana ikan paus diburu menggunakan tempuling yang diisi dengan 30 gram penthrite grenade.

Ikan paus yang dibunuh itu kemudian dipunggah masuk ke dalam paus dimana para penyelidik mengambil ukuran dan memeriksa bahagian perut ikan paus tersebut, berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh IWC.

Jabatan Perikanan Jepun mendakwa segala data daripada penyelidikan tersebut telah dilaporkan kepada IWC dan menegaskan penyelidikan yang dibuatnya menepati Konvensyen Antarabangsa Mengenai Peraturan-peraturan Ikan Paus.

Video dibawah menunukkan bagaimana aktiviti pemburuan ikan paus yang biasa dijalankan oleh penyelidik Jepun.

Sumber : The Independent

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di