Siakap Keli

Harga Minyak Dunia Naik, Harga RON95 Dan Diesel Kekal, Kerajaan Tanggung Subsidi 33 Sen Seliter

Umum sudah pun mengetahui bahawa harga minyak khususnya untuk petrol RON 95 dan diesel tidak mengalami perubahan sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu lagi. Harga yang sama kini dikekalkan oleh kerajaan baru yang dibentuk oleh Pakatan Harapan pada harga RM 2.20 seliter manakala harga Diesel RM 2.18 seliter.

Manakala harga minyak RON 97 naik buat kali pertama dengan kenaikkan ketara daripada RM 2.47 seliter kepada RM 2.66, iaitu peningkatan sebanyak RM 0.19 selepas harganya terus diapungkan.

Kementerian Kewangan melalui Menterinya, Yang Berhormat (YB) Lim Guan Eng telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai perubahan harga minyak dan jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi membolehkan harga minyak RON 95 dan diesel dikekalkan.

”Berdasarkan harga purata mingguan minyak mentah minyak dunia yang kini telah mencecah USD 76 setong dan harga-harga produk petrol dan diesel yang ditapis diantara USD 87 hingga USD 88 setong, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi minyak petrol RON 95 dan diesel,” kata YB Guan Eng.

Ujarnya, tanpa subsidi minyak seperti yang ditawarkan di dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan, harga minyak petrol bagi RON 95 dan diesel masing-masing adalah RM 2.53 dan RM 2.51 setiap liter.

Oleh itu katanya, kerajaan Malaysia hari ini akan membelanjakan sebanyak RM 3 bilion subsidi sehingga hujung tahun ini bagi pengekalan minyak petrol RON 95 dan diesel.

BACA : Harga Minyak: RON95 Dan Diesel Kekal, RON97 Pula Alami Kenaikan Mendadak

Sumber : FB Kementerian Kewangan Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.