Siakap Keli

Harga Minyak: RON95 Dan Diesel Kekal, RON97 Pula Alami Kenaikan Mendadak

 

Selepas kekal hampir dua bulan tidak berlaku sebarang kenaikan atau penurunan iaitu sebelum dan selepas pilihan raya umum 14, hari ini bermula jam 12 malam semalam, harga bahan api telah berlaku perubahan.

Berdasarkan pengumuman kerajaan baru selepas mengambil alih Malaysia telah menetapkan harga RON95 dan Diesel tidak akan berubah, manakala RON97 akan terus diapungkan mengikut harga minyak semasa dunia.

Mengikut pengumuman KPDNKK, harga minyak RON95 dan Diesel terus kekal tidak berubah, iaitu statik pada harga RM2.20 dan RM2.18.

Manakala bagi RON97 pula, harga bahan api ini dilihat naik agak ketara, dari RM2.47 naik ke RM2.66, iaitu kenaikan sebanyak RM0.19 sen.

RON95: RM2.20/liter (kekal)
RON97: RM2.66/liter (naik 19 sen)
Diesel: RM2.18/liter (kekal)

Harga ini adalah untuk 7 Jun hingga 13 Jun 2018, kenaikan ini bagaimanapun merupakan kenaikan minyak pertama kali selepas hampir sebulan kerajaan berubah. – Siakapkeli.my

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu