Siakap Keli

(Video) Dirantai, Dibakar Dan Dipukul Dengan Kapak, Khan Penzalim Gajah Terkenal Di India

Video mengejutkan ini menunjukkan seorang lelaki tanpa belas kasihan memukul dan mendera seekor gajah di India.  Sameer Khan merupakan seorang yang sangat dikenali di daerah tersebut kerana sifatnya zalimnya terhadap gajah yang dibeli secara haram.

Gajah-gajah tersebut dipukul dengan kapak, kayu berulang kali dan turut diikat serta dibakar telapak kakinya atas tujuan yang tak diketahui.

Khan juga dikatakan memelihara seekor anak gajah berusia 6 tahun, dipanggil sebagai Suman yang dirantai di sebuah kandang konkrit gelap sehingga cukup usianya untuk dijual ke sarkas.

Dalam satu temubual, Khan pernah memberitahu media bahawa gajah-gajah peliharaannya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga sendiri.  Pun begitu, kegiatannya terbongkar apabila salah seorang pekerjanya memberitahu pihak berkuasa.  Khan yang mendapat tahu telah menyerang dan memberhentikan pekerjanya itu serta merta.

Wildlife SOS antara NGO yang telah memandang serius hal ini dan melancarkan kempen untuk menarik perhatian pihak berkuasa demi menyelamatkan Suman.

Kempen itu ternyata diterima baik 350,000 orang ramai yang telah menandatangani petisyen untuk pihak berkuasa Rajasthan ‘menghukum’ Khan.

Walaubagaimana pun, usaha itu telah mendapat perhatian Khan.  Dia turut melancarkan satu ‘operasi’ menunjukkan gambar-gambar gajah yang dijaga dengan baik tidak seperti apa yang disangkal sebelum ini.

“Dia hanya inginkan perhatian, satu hari nanti dia akan kembali menjadi kejam dan menzalimi seperti biasa,” kata salah seorang pekerja Khan yang tidak ingin namanya disiarkan.

“Semua gajah itu harus di ambil semula dan jangan biarkan Khan menyimpan walau seekor pun”, wakil Wildlife SOS.

Wildlife SOS kini dalam usaha mengembalikan Suman kepada keluarganya semula di pusat penjagaan dekat Manthura, Uttar Pradesh.

Sumber: Daily Mail, Wildlife SOS

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di