Siakap Keli

Kerajaan Belanda Bayar 87 Sen Per Kilometer Bagi Yang Berbasikal Ke Tempat Kerja

Belanda antara negara yang akan menjalankan kempen berbasikal bagi mengelakkan kesesakan di sekitar bandaraya, sekaligus menghindari pencemaran udara.

Kerajaan Belanda dikatakan telah melabur lebih serius melalui infrastruktur berbasikal.

“Matlamat kami adalah untuk mendapatkan 200,000 orang pekerja berulang alik dengan basikal mereka,” kata Timbalan Menteri Infrastruktur Belanda, Tientje Van Veldhoven.

“Ini adalah impian saya untuk memastikan ramai orang bergerak dengan mudah ke tempat kerja, sekolah, bertemu rakan dan keluarga.  Basikal ini memberikan sumbangan penting kepada kebolehaksesan, kualiti hidup dan kesihatan.  Ia akan mengurangkan kesesakan lalu lintas,”kata Van Velthoven.

Bagi memastikan kempen ini mendapat sokongan rakyat jelata, kerajaan Belanda telah mengumumkan insentif sebanyak RM0.87 sen per kilometer kepada pekerja yang menggunakan basikal sebagai alternatif ke pejabat.

“Orang ramai kini boleh mendapatkan elaun bebas cukai melalui insentif fiskal ini.”

Demi menjayakan usaha ‘hijau’ ini, kerajaan Belandar akan memperuntukkan sebanyak 100 juta Euro bagi memperbanyakkan jumlah jalan dan tempat parkir khas untuk basikal.

Sumber: Bike Europe

Nur Farra