Siakap Keli

Lelaki Curi 72 Peket Gula-Gula Penyaman Tekak, Coklat Milik Kedai Runcit HKL Dipenjara

Lelaki ini tak sangka akan dipenjara tiga minggu akibat perbuatan mencuri gula-gula penyaman tekak dan coklat di sebuah kedai runcit dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam, 18 Jun.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas seorang penganggur mengaku bersalah mencuri 15 peket ‘Strepsil’, 16 peket ‘Fisherman’s’ Friend dan 41 peket coklat yang keseluruhannya bernilai RM304 milik Hospimart Shoppe Sdn Bhd.

Suspek dikatakan melakukan perkara itu kira-kira 7.44 pagi di kedai aras bawah bangunan lama HKL dan dihukum mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 1o tahun dan juga denda.

Sepanjang proses, tertuduh meminta untuk diringankan hukuman dan memohon maaf kepada mahkamah.  Namun, Timbalan Pendakwa Raya memberitahu mahkamah untuk menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – Bernama

Nur Farra