Siakap Keli

Dilema Antara Nak Tengok World Cup Atau Beraya? Kenapa Tak Buat Dua-Dua Je? Cuma RM 1 Diperlukan & Anda Boleh Tonton Mana-Mana Perlawanan World Cup Dimana Sahaja

Raya tahun ini boleh dikatakan agak perfect untuk kebanyakan kita. Cuaca okay, bonus pun dapat, dah la GST dah jadi 0% pula tu. Tapi satu saja yang masalah. Cuti Raya Aidilfitri 2018 bertindih dengan World Cup 2018 bertindih pada tahun ni.

Adakah ini satu konspirasi ‘illuminati’ untuk menyuramkan sambutan Aidilfitri kat Malaysia? Atau konspirasi untuk mengurangkan para manusia di Mamak sempena World Cup?

Conspiracy GIF - Find & Share on GIPHY

Takde la, memang kebetulan nak macam mana. Tapi jangan biarkan Aidilfitri anda suram tahun ini tanpa World Cup 2018. Caranya? Teruskan membaca.

Kami paham kalau anda semua balik kampung mesti satu benda yang akan jadi masalah terbesar bagi khususnya golongan bandar – INTERNET. Tak ada internet macam mana nak tengok World Cup kan?

Ron Burgundy What GIF - Find & Share on GIPHY

World Cup 2018 sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana Maxis merupakan penaja utama siaran World Cup 2018 di RTM, nasib baik la boleh dikatakan hampir setiap rumah di kampung sudah tersedia dengan sekurang-kurangnya siaran stesen RTM. Boleh la kita ramai-ramai tengok hampir separuh siaran World Cup 2018 di RTM. Thank you Maxis!!!

Jadi, instead of Mamak, kita semua boleh berkumpul sebagai satu family, melayan World Cup, bersorak, mengangis, mengamuk dan berdengkur di bawah satu bumbung.

Kalau kat kampung TV pun xde? Ish3 kesiannya. Ok begini caranya untuk korang layan World Cup 2018 dimana sahaja. Apa yang korang perlukan adalah RM1, coverage Maxis dan applikasi Astro Go sahaja.

Tahun ini, Maxis membawakan World Cup 2018 di telefon pintar anda semua dengan kos hanya RM1 satu perlawanan yang boleh anda tonton secara langsung dan FULL HD dan tanpa memikirkan masalah kuota data. Penstriman adalah percuma!

Jadi macam mana nak beli pass ni? Tak kira anda pengguna prepaid atau postpaid, semua pengguna Maxis boleh membeli pass World Cup ini. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah muat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink RED atau Hotlink Flex (bergantung kepada jenis subscription kad sim anda). Kemudian ikuti langkah-langkah berikut:

1 – Klik pada banner “Aplikasi Maxis Bola Raya” di aplikasi yang telah dimuat turun tadi.

2 – Pilih perlawanan yang anda mahu tonton kemudian sahkan pembelian.

3 – Kemudian, anda akan menerima kad kupon menerusi aplikasi tersebut dan juga melalui SMS.

4 – Selepas itu, pergi ke laman web astrogo.com/redeem untuk menebus kupon terbabit.

5 – Tonton perlawanan di Astro Go atau laman portal Astro Go.

Pass-pass World Cup ini sudah mula dijual jadi anda boleh beli sekarang dan menonton menerusi aplikasi Astro Go ataupun portal Astro go.

Tapi kejap-kejap. Ada satu lagi masalah besar bila World Cup dan Raya bertindih macam ni. Kita nak pakai baju raya ke baju pasukan bola kita?? Nak pakai yang mana niii?

Confused Math GIF by CBC - Find & Share on GIPHY

Untuk memenangkan korang, ni kami nak bagitau macam mana cara korang boleh pakai dua-dua nanti. Takkan nak upload gambar tengok World Cup sambil pakai baju melayu kan. Tak grand la macam tu. Cara satu, pakai dua lapis. Kalau agak-agak nak gol tu cepat-cepat buang baju melayu. Kalau ada tetamu datang cepat-cepat tukar jadi baju Melayu.

Cara dua, korang download app Maxis Bola Raya jadi nanti ada fungsi AR dalam tu yang membolehkan korang pakai dua-dua baju, virtually. Boleh la nak upload kat Instagram. Raya-raya jugak, tapi team tersayang kena support kan!. Nak download app tu boleh pergi sini: https://www.maxis.com.my/en/personal/plans/bolaraya.html

Okay akhir sekali, kami mahu pesan, ambil lah peluang Raya Bola ini untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Sekurang-kurangnya dengan tengok bola sambil beraya, kita boleh nonton bola bersama-sama. Tak lah sorang pergi Instagram, sorang pergi Twitter, sorang pergi Facebook.

Selamat Hari Raya & World Cup 2018 semua.



salor30

Programmer. Musician. #YOLO