Siakap Keli

Dah Import Banduan Pun Masih Tak Penuh, Belanda Bakal Umum Penutupan Operasi Penjara Miliknya

Kerana kadar jenayah yang terus menurun, kerajaan Belanda hari ini terpaksa menutup operasi empat penjara miliknya, biarpun ada mengimport banduan dari luar untuk memenuhi penjara dan memastikannya terus beroperasi.

Kerajaan Belanda mengumumkan keputusan tersebut setelah data yang dikeluarkan menunjukkan Belanda kini mencatatkan kadar jenayah terendah, sejak tahun 1980.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh CBS, Belanda hanya mencatatkan sebanyak 49 jenayah sahaja bagi setiap 1000 penduduknya.

Rancangan mahu menamatkan operasi 19 penjara pada tahun 2013 mencetuskan kemarahan kakitangan-kakitangan penjara hingga memaksa kerajaan Belanda mengimport penjenayah dari negara asing seperti Belgium dan Norway, demi memastikan operasi penjara terus berjalan.

Menurut laporan akhbar tempatan yang mengatakan ada sumber sudah membocorkan nama-nama penjara yang bakal ditutup operasinya oleh Menteri Keadilan Belanda, Sander Dekker.

Penjara-penjara tersebut adalah penjara Zoetermeer, Zeist, Almere dan Zwaag di Noord-Holland.

Bagaimanapun penjara-penjara yang terletak di kawasan luar bandar akan diteruskan operasinya bagi mengelakkan peluang kerja penduduk setempat terjejas.

Akhabar yang sama turut melaporkan bahawa terdapat sebuah penjara di Belanda yang mempunyai katil sebanyak 13,500 katil kini dibiarkan kosong tanpa penghuni.

Dekker bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai berita penutupan penjara-penjara tersebut, bagaimanapun dia dijangka bakal membentangkan ideanya pada sidang Parlimen akan datang.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.