Siakap Keli

Lebih RM700 Ribu Duit Dalam Mesin ATM lebur Jadi Mangsa ‘Kenduri’ Tikus

Juruteknik yang tiba untuk membaiki sebuah mesin pengeluaran tunai yang tidak berfungsi terkejut apabila mereka membuka mesin tersebut.

Manakan tidak, wang kertas bernilai lebih dari 1.2 juta rupee (RM701,26.70) didapati telah hancur dan puncanya adalah disebabkan oleh tikus.

Menurut polis, dalam kejadian di Assam, India itu, tikus mungkin memasuki mesin melalui lubang untuk pendawaian, lapor Hindustan Times.

Gambar wang tunai yang digigit di cawangan Bank Negara India di daerah Tinsukia itu mendapat perhatian ramai dan telah dikongsi secara meluas di Twitter.

Salah satu gambar juga menunjukkan bangkai tikus berada dalam serpihan duit kertas itu.

Memetik laporan Hindustan Times, polis Prakash Sonowal berkata mesin itu telah rosak selama kira-kira 12 hari sebelum itu.

Juruteknik membuka unit itu mendapati wang kertas 2,000 dan 500 rupee telah hancur.

Bagaimanapun mereka berjaya menyelamatkan 1.7 juta rupee baki wang di dalam mesin ATM tersebut.

Sumber : Wasabi Now

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.