Siakap Keli

Gaji RM 2700, Kereta Apa Yang Anda Mampu Beli? Ikuti Dua Formula Ini Untuk Ketahui Caranya

Dilema untuk memiliki kereta atau rumah dahulu dalam kalangan fresh graduate bukanlah satu isu yang baru sebenarnya. Sukar untuk menentukan mana yang lebih penting. Rumah untuk masa depan, dan kereta untuk memudahkan pergerakkan semasa. Rata-rata daripada kita, lebih memilih untuk menyewa dan berhutang untuk memiliki kereta. Betul tak?

Tapi yang menjadi masalah bila berhutang untuk memiliki kereta, kereta yang dibeli itu kereta berjenama luar negara dan tidak sepadan dengan gaji bulanan yang dimiliki. Gaji baru RM 2700 misalnya, tapi mahu memiliki kereta dari Jepun atau Eropah. Penyudahnya, hidup kekal berhutang dan gaji sebahagian besar dilaburkan kepada kereta sahaja. Angan-angan nak kahwin dan memiliki rumah mula menjadi pudar.

Jadi, dengan gaji permulaan sebagai fresh graduate, kereta macam mana yang kita boleh miliki? Nak kira macam mana dengan jumlah gaji kita? Harith Faisal ada berkongsi tekniknya. Melalui laman facebook Job Malaysia, terdapat DUA CARA yang anda boleh guna bagi menentukan kereta yang anda boleh beli sesuai dengan gaji bulanan yang anda perolehi.

Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian tersebut di bawah.

Sebelum kahwin: “Awak, belilah Honda Civic baru tu. Cantik sangatlah design dia. Gaji awak RM3,500 mesti lepas punya.”

Dekat nak kahwin: “Bi, buatlah personal loan RM30,000 untuk majlis kita nanti. Bi kan kerja kerajaan, mesti senang lepas.”

Lepas kahwin: “Abang, jom beli rumah. Saya tengok ramai orang muda-muda dah beli rumah. Kita bila lagi. Sampai bila nak menyewa, kan.”

Pergi ke bank: “Ala bang, kenapa tak lepas pula nak beli rumah ni. Komitmen abang tinggi bebenor kot. Bencilah macam ni. Abang tak sayang saya ke?”

Krik. Krik. Krik.

TAK TAHU NAK BELI KERETA HARGA BERAPA? SAYA KONGSIKAN 2 FORMULA BELI KERETA MAMPU MILIK.

Kereta mahal dah jadi impian sejak tahun satu pengajian di unibersiti. Dengan harapan, lepas dapat saja kerja pertama dengan gaji RM2500, nak beli kereta yang paling mahal yang layak untuk gaji tu.

Kalau lepas Honda Civic, nak angkat juga. Iyalah, lambang kebanggaan dan pengukur kejayaan anda. Haha. Lawak. Itu adalah pemikiran budak-budak baru nak up.

Ketahuilah, jika anda mampu beli kereta, belum tentu anda mampu beli rumah. Tapi kalau anda mampu beli rumah, pasti anda mampu beli kereta. Ada faham? Kalau ramai yang tak faham, nanti saya terangkan.

Jadi, saya ingin kongsikan formula untuk beli kereta mampu milik versi #harithfaisal.

CARA PERTAMA.

Harga kereta tidak lebih gaji tahunan anda. Jadi jika anda bergaji RM2700, harga kereta anda mestilah tidak lebih daripada RM32,400.

RM2700 x 12 = RM32,400

Proton Saga FLX pun boleh dapat dah dengan harga RM33k++. Tapi tak glemer lah kalau fresh Banker atau Engineer pakai Proton Saga kan? Paling tidak, nak angkat Toyota Vios, Nissan Almera.. Kan kan?

CARA KEDUA.

Ansuran bulan mesti tidak lebih 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji anda. Saya sendiri pakai kereta ansurannya tak sampai 8% daripada gaji isi rumah. Jadi, jika anda bergaji RM2700, ansuran bulanan kereta ideal anda adalah RM405.

RM2700 x 15% = RM405

Jika hanya 15% digunakan untuk beli kereta, baki lagi 85% daripada gaji bolehlah buat simpanan kahwin, simpanan deposit rumah dan lain-lain. Okay dapat?

SENANG CERITA, BELI KERETA IKUT KEPERLUAN.

Habis tu, kalau gaji RM8,000 sebulan memang kena beli kereta berharga RM96,000 ke? Tak.

Beli kereta ikut keperluanlah. Kalau tak perlu kereta mahal, tak perlu kereta besar buat apa beli. Selepas 9 tahun, jadi besi buruk juga.

Bila anak-anak dah ramai, kalau perlu bolehlah dipertimbangkan untuk upgrade kereta yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.

Dan suami isteri kalau tak perlu 2 kereta, pakai saja 1 kereta kongsi. Pergi dan balik dari ofis bersama. Dalam kereta, bolehlah sembang-sembang, gurau-gurau untuk menyuburkan cinta, supaya sentiasa mekar dalam kamar bahagia. Haha.

BUDAK BARU NAK UP, PAKAI KERETA MAHAL.

Kita lihat pula perangai fresh graduate biasa sekarang ni. Bergaji RM2700, tetapi memiliki kereta dengan ansuran bulanan RM800. Mari kita kira.

(RM800/RM2700) x 100% = 30%

30% daripada gaji diperuntukkan untuk ansuran bulanan adalah sangat tidak bagus. Kereta mahal, road tax mahal, maintenance mahal. Silap-silap kereta tu mungkin makan sampai 60% daripada gaji mereka setiap bulan.

Tinggal 40% sahaja daripada gaji untuk survive sebulan. Simpanan kahwin pun belum tentu ada. Apatah lagi saving untuk deposit beli rumah. Last choice, nak kahwin, pakai Pembiayaan Peribadi RM30,000.

Beli kereta mahal nak impress bakal bapak mertua? Memang bapak mertua kagum dengan ‘pancapaian’ anda. Tapi anda yang merana sorang-sorang. Hujung bulan makan Megi dalam kereta mahal sambil menitiskan air mata. Hihi.

Fikirkanlah banyak kali sebelum anda terjebak dengan kereta-kereta mahal ya.

NOTA: Paling bagus, beli kereta terpakai yang murah-murah dengan tunai. Atau takyah beli langsung, tunggu dah kahwin barulah beli. Atau beli 2 bijik rumah dulu, kemudian sewakan. Duit aliran tunai positif daripada rumah sewa, buat bayar ansuran kereta kita pula.

“KERETA KITA PAKAI, PENYEWA RUMAH TOLONG BAYARKAN.”

Best kan? Haha. – HF

Sumber : Harith Faisal

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.