Siakap Keli

Pandu Traktor Sejauh 2000 KM Ke Rusia Kerana Mahu Saksikan Pasukan Negaranya Beraksi Di Piala Dunia

Kaliningrad, Russia :  Selepas meredah perjalanan hampir 2,000 kilometer, Beat Studer yang hanya memandu traktor akhirnya tiba di Kaliningrad pada khamis.

Beliau menempuh satu perjalanan yang menakjubkan demi menyaksikan pasukan kegemarannya iaitu Switzerland yang akan beraksi menentang Serbia di temasya Piala Dunia Rusia 2018.

Masih kukuh dan elok, traktor lama yang berwarna merah keluaran 1964 itu berjaya mengharungi perjalanan 12 hari bermula dari Lucerne.

Membawa harapan yang besar, Studer berharap Switzerland berjaya meraih kemenangan dalam pertembungan Kumpulan E.

Beliau yang mempunyai sebuah muzium traktor itu bukan sahaja melakukan pengembaraan itu demi minat terhadap bola sepak, malahan turut mengutip derma untuk kanak-kanak Switzerland.

Ditemani dua rakannya, Werner Zimmermann dan Josef Wyer, sebanyak 20,000 Swiss Francs (RM80,744) berjaya dikumpul oleh mereka.

“Kami tidak berdepan masalah menaiki traktor,” kata Wyer yang memandu van sokongan dan mengendalikan urusan logistik manakala Studer dan Zimmermann memandu traktor selama enam jam setiap hari.

Sumber : Reuters

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di