Siakap Keli

Lelaki Mengaku ‘Orang KDN’ Telah Digantung Tugas Dan Disiasat Atas Tuduhan Salah Guna Kuasa Sejak Setahun Lalu

Sejak semalam tersebar di laman sosial sebuah video yang memaparkan tindakan dua buah kereta yang menjadi pembuli jalanan apabila mereka mengepung sebuah kereta dari tepi dan hadapan.

Selepas itu, seorang lelaki telah keluar dari kereta dan berlaku pertengkaran mulut, dalam pertengkaran itu beliau telah mengaku dia sebagai ‘orang Kementerian Dalam Negeri’ dipercayai sebagai satu ugutan kepada mangsa.

Pihak Kementerian Dalam Negeri(KDN) dalam satu kenyataan menyatakan telah mengenal pasti lelaki berkenaan di mana KDN mendapati lelaki tersebut merupakan Alhi Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dilantik pada Februari 2015.

“Hasil siasaan mendapati beliau juga telah digantung dari jawatan tersebut dan disiasat atas kesalah salahguna kuasa pada Mei 2017.”

“Sehubungan dengan itu, Kementerian memohon agar pihak terlibat untuk tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu berkenaan boleh dijalankan oleh PDRM,” tegas KDN.

Pihak KDN pada masa sama menyatakan mereka sendiri telah memanjangkan video klip berkenaan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut dan mengingatkan warga KDN atau mana-mana individu tidak menyalahgunakan nama KDN untuk kepentingan diri.

Sumber: KDN

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu