Siakap Keli

Lewat Masuk 3 Minit Selepas Waktu Rehat, Syarikat Jepun Ini Buat Permohonan Maaf Dan Potong Gaji Pekerjanya

Hanya kerana tiga minit, sebuah syarikat Jepun membuat permohonan maaf secara terbuka kerana pekerjanya mengambil masa lebih dari waktu rehat yang sepatutnya untuk makan tengah hari.

Eksekutif Syarikat Kobe City Waterworks Bureau muncul di televisyen memohon maaf secara terbuka kepada orang awam kerana salah seorang pekerjanya, seorang warga emas berusia 64 tahun sering rehat melebihi masa yang ditetapkan syarikat itu.

Pekerja tersebut dilaporkan menggunakan 78 minit waktu makan tengah hari beliau untuk keluar dalam tempoh tujuh bulan dan dikatakan seolah-olah membuang masa syarikat.

Pekerja warga emas itu ditangkap oleh pegawai kanan syarikat tersebut yang kebetulan melihatnya menyeberangi jalan untuk membeli bento, yang merupakan makan tengah hari Jepun yang popular.

Syarikat itu menganggap tindakan pekerja itu sebagai salah dan ia adalah wajar untuk menangani masalah itu dengan memohon maaf dan merendah diri di depan kamera.

“Kami amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami ingin memohon maaf setulusnya,” kata salah seorang pegawai.

Sebagai hukuman untuk tingkah laku pekerja lelaki terbabit, syarikat itu memutuskan untuk memotong separuh dari gajinya sehari.

Namun, tindakan syarikat itu mendapat kecaman orang awam yang tidak bersetuju dan merasakan ianya tidak masuk akal untuk menghukum lelaki tersebut.

Netizen berpendapat bahawa hukuman tersebut tidak relevan dan tindakan syarikat tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka itu telah membazirkan lebih banyak masa daripada tiga minit yang dihabiskan oleh pekerja itu.

Sumber : Nextshark

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey