Siakap Keli

Pemain-pemain Bola Sepak Bernombor Jersi 18 Yang Handal Serta Lucky & Anda Mungkin Lucky Menang Myvi Kalau Baca Artikel ini

World Cup dah mula ni dan yang akan diperkatakan adalah nombor-nombor jersi yang akan dipegang oleh pemain-pemain. Memandangkan tahun ini adalah tahun 2018! jadi kami akan bawakan kepada anda pemain-pemain handalan yang pernah memakai jersi nombor 18. Adakah anda setuju dengan senarai kami ini? Jom baca.

 

5 – ALBERTO MORENO

Alberto Moreno merupakan pemain bek kiri pasukan Liverpool dan Sepanyol. Mula beraksi sejak 2013 bersama pasukan Sevilla, beliau berhijrah ke kelab Liverpool pada 2014 dan memakai jersi bernombor 18. Pemain ini terkenal sebagai antara pemilik tatu terbanyak di Liga Perdana Inggeris. Beliau juga antara bek terpantas di EPL.

Beliau memulakan karier di Liverpool dengan cemerlang, menjaringkan gol menentang Manchester City, Tottenham dan Swansea City. Selepas beberapa bulan, prestasinya merudum dan tempatnya diambil alih oleh pemain baru Joe Gomez pada permulaan musim 2015/2016. Kesilapan pertahanan yang dilakukan sering kali dikritik oleh penyokong Liverpool.

Pada musim 2016/2017, tempatnya diambil pula oleh James Milner. Ditambah dengan kecederaan dan prestasi hambar, kelibat beliau jarang kelihatan. Menambahkan lagi malang beliau, tempatnya digantikan oleh pemain baru, Andy Robertson sejak musim 2017/2018. Ironi, tempatnya di pasukan antarabangsa Sepanyol juga dibelakang lagi satu pemain no. 18, Jordi Alba.

Selain itu, beliau juga sangat berbakat dalam tarian “Sturridge”.

English Premier League Football GIF - Find & Share on GIPHY

Saksikan Alberto Moreno menjaringkan gol melawan Tottenham dengan larian pantas beliau.

 

4 – NABIL FEKIR

Nabil Fekir antara pemain muda yang menyerlah di peringkat antarabangsa bersama pasukan Lyon dan pasukan kebangsaan Perancis. Nabil pernah mencetuskan kekecohan dalam perlawanan menentang St Etienne apabila menonjolkan jersinya kepada penyokong pihak lawan, yang menyebabkan rusuhan dan perlawanan tergendala selama 40 minit.

Bersama dengan pasukan Lyon sejak berusia 12 tahun, beliau kemudian berpindah kelab dan menyertai Lyon semula pada 2011. Sebagai pemain tengah menyerang, beliau mempunyai bakat yang besar, dan menjaringkan gol-gol penting, antaranya hatrik menentang Caen pada 2015 dan AZ Alkmaar pada 2017 dalam UEFA Europe League. Khabarnya, beliau bakal berhijrah ke Liga Perdana Inggeris untuk musim 2018/2019. Yeah, c’mon Nabil!

Olympique Lyonnais GIF - Find & Share on GIPHY

Klik di bawah untuk menyaksikan aksi Nabil Fekir menjaringkan gol pada jarak jauh lebih 50 meter.

https://www.youtube.com/watch?v=cuv3A-lwhbQ

 

3 – JORDI ALBA

Jordi Alba adalah seorang lagi pemain kebangsaan Sepanyol yang memakai jersi 18, untuk kelab dan juga pasukan kebangsaan. Beliau menyertai pasukan Barcelona sejak 2012, dari pasukan Valencia.

Jordi Alba adalah pemain yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama pasukan Barcelona. Alba adalah pemain bek kiri yang secara sangat berbakat dan pantas. Kelajuan dan staminanya membolehkannya terlibat dalam serangan dan pertahanan, terutamanya melibatkan penjaga garisan.

 

Jordi Alba GIF - Find & Share on GIPHY

Klik di bawah untuk menyaksikan gol jaringan Alba selepas larian pantas beliau

https://www.youtube.com/watch?v=DuobO8yw8Hw

 

2 – ASHLEY YOUNG

Ashley Young adalah pemain kebangsaan England, dan kini menyarung jersi nombor 18 dalam pasukan Manchester United.

Beliau memasuki sistem akademi Watford sejak berumur 10 tahun dan memulakan karier bola sepaknya pada tahun 2003 beersama pasukan Watford. Beliau menyertai pasukan Manchester United pada 2011 dan bermain di posisi sayap kanan, dan kemudian ke posisi bek kanan. Persembahan konsisten beliau menjadikannya antara pemain utama dalam pasukan. Pada usia 33 tahun, beliau telah bersama United selama 7 tahun, dan seringkali menjadi kapten pasukan. Ternyata, Young adalah kapten yang baik, innocent dan comel (lihat foto di bawah)

Ashley Young GIF - Find & Share on GIPHY

Klik di bawah untuk menyaksikan gol menarik dijaringkan Young.

https://www.youtube.com/watch?v=BPKEI2kbqvs

 

1 – PAUL SCHOLES             

Merupakan lagenda Old Trafford dan pemain berjersi no 18 paling ternama dalam senarai kami. Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 25 gelaran liga dan 2 gelaran Liga Juara-juara. Beliau juga merupakan pemain yang membuat kemunculan terbanyak liga, iaitu 718 permainan.

 

Scholes adalah pemain dari akademi kelab sebelum diserap ke pasukan senior kelab Manchester United. Keselurahannya, beliau telah menjaringkan 155 gol dalam 718 permainan. Scholes sangat dikenali kerana kemahiran teknikalnya, hantaran yang tepat, pergerakan pintar dan penjaring gol dari jarak jauh. Beliau bersara pada 2013, setelah bersama pasukan selama 17 tahun! Memang legend!

Manchester United GIF - Find & Share on GIPHY

Klik di bawah untuk menyaksikan gol jaringan jarak jauh Paul Scholes menentang Barcelona.

https://www.youtube.com/watch?v=nsvsBq_KhTU

Anda semua telah membaca kehebatan gol jaringan mereka-mereka yang berjersi 18. Kami juga ingin memberitahu bahawa di Malaysia pada tahun ini ada sebuah jenama nasi ayam terkemuka yang menyambut hari jadi ke 18 dan rakyat Malaysia berpeluang untuk menjadi ‘lucky’ jika menang hadiah yang ditawarkan mereka. Dah sedia?

Chicken Spinning GIF - Find & Share on GIPHY

Tahun ini genap “18” tahun The Chicken Rice Shop menyajikan rakyat Malaysia dengan hidangan terbaik yang bercirikan hidangan kegemaran rakyat Malaysia; semestinya Chicken Rice atau Nasi Ayam; yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia.

The Chicken Rice Shop menawarkan kejutan dan hidangan menarik sempena ulang tahun ke-18 penubuhannya. Bermula 18 Jun, program baru bakal diperkenalkan ialah Ayam18. Yes tuan puan, #Ayam18! Sempena ulang tahun ke-18, pada tahun ’18. Nampak kan significant angka 18.

Melalui program “EAT, COLLECT & WIN”, di samping dapat menikmati kehebatan rasa dan keenakan nasi ayam The Chicken Rice Shop, pengunjung juga berpeluang memenangi Perodua Myvi. Caranya senang sahaja:

1 – Belanja minima RM 15 di The Chicken Rice Shop.

2 – Dapatkan kad gores dan menang dan gores untuk mendapatkan reward anda SERTA MERTA.

3 – Dah dapat macam tu, anda kena kumpul keenam-enam kad gores Myvi yang berlainan warna.

4 – Dah dapat keenam-enam kad Myvi, lengkapkan slogan “Saya sukakan The Chicken Rice Shop Kerana …” dan hantar kesemua gambar kad berserta resit ke nombor Whatsapp 012-2331298.

5 – Mereka yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi semula.

Itu sahaja! Boleh layari laman web The Chicken Rice Shop atau Facebook The Chicken Rice Shop untuk info lanjut.

Selain daripada hadiah dan kejutan tersebut, The Chicken Rice Shop juga akan mengadakan beberapa acara menarik yang akan berlangsung di pusat membeli-belah dan tumpuan ramai di sekitar Lembah Klang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada penggemar nasi ayam sejati.  Belon helium dan permainan menarik menanti anda di sana, dan tak lupa juga, The Chicken Rice Shop juga ingin memberikan duit raya kepada anda dalam bentuk baucar yang lumayan untuk direbut. Trak jelajah TCRS akan menemui anda di lokasi-lokasi tersebut dan akan mengedarkan baucar-baucar percuma kepada anda semua!!! Klik disini untuk ketahui kat mana kita boleh cari trak ni! Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran daripada The Chicken Rice Shop di lokasi yang telah dijadualkan berdekatan dengan lokasi anda.

The Chicken Rice Shop akan turut mengadakan siri jelajah trak bergerak di negeri-negeri lain. Bukan setakat itu, trak bergerak The Chicken Rice Shop juga akan ke rumah-rumah amal yang berbeza untuk memberi sumbangan nasi ayam kepada anak-anak yatim. The Chicken Rice Shop ni bukan setakat buat chicken rice yang sedap, tapi pergi juga ke rumah-rumah amal untuk tolong orang lain ni, bestkan! Tengok lokasi-lokasi yang trak kita akan pergi nanti!

Untuk keterangan lanjut, layari laman web The Chicken Rice Shop  atau layari Facebook The Chicken Rice Shop disini.

Ingat nasi ayam, ingat The Chicken Rice Shop. Jom ramai2. Lagi banyak anda makan nasi ayam The Chicken Rice Shop, lebih tinggi peluang untuk menang! Mari kita pergi ke The Chicken Rice Shop untuk sertai #Ayam18 ni!



salor30

Programmer. Musician. #YOLO

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di