Siakap Keli

Seorang Lagi Gabenor Bank Negara Wanita Dilantik Selepas Zeti Akhtar

Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu, wanita kedua memegang jawatan tersebut selepas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.Pelantikan beliau berkuat kuasa 1 Julai, 2018 sehingga 30 Jun, 2023.

Anak kelahiran Kampung Baru itu yang merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik menyertai bank pusat pada 1987. Beliau menjadi Penolong Gabenor pada Disember 2004 sebelum dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada November, 2010, selepas persaraan Datuk Zamani Abdul Ghani dan dilantik semula ke jawatan yang sama pada 2013.

Nor Shamsiah meninggalkan bank pusat pada November 2016 untuk menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), tahun yang sama Zeti menamatkan khidmatnya sebagai Gabenor pada April.

Nor Shamsiah memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada University of South Australia dan merupakan felo Australian CPA.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam membangunkan peraturan, dasar dan garis panduan bagi sektor perbankan dan juga terlibat dalam inisiatif resolusi sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia serta pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan bagi pembangunan sistem kewangan Malaysia dari 2001 hingga 2010.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.