Siakap Keli

3 Tips Penjagaan Muka Lelaki Yang Mampu Tawan Hati Gadis

Korang tak pernah terfikir ke kenapa muka ‘oppa-oppa’ Kpop ‘flawless’ semacam? Mungkin korang akan ingat, cuaca sejuk dekat sana mempengaruhi keadaan muka mereka.  Tapi, korang tak tahu disebalik kulit wajah yang licin bersinar lagi ‘handsome’ tu tersirat ‘rahsia’ penjagaan wajah yang mereka amalkan sampai buat ramai wanita Melayu tergila-tergila. 

Rahsia akhirnya terbongkar… 

Kalau korang nak tahu, aktor popular Song Joong Ki, pernah berkongsi salah satu rutin ‘kecantikkannya’ dengan membasuh wajah menggunakan susu setiap malam sebelum tidur.  Dia juga menghindar pemanas untuk menghalang kulitnya daripada kering. 

Nampak tak betapa gigihnya mereka ni semata-mata nak dapatkan kulit muka yang bersih macam tu? Tapi ada diantara lelaki ni, cuci muka pun kadang-kadang malas.  Macam manalah muka tu tak naik jerawat.  Betul tak?  

Apa kata kalau korang mulakan sekarang rutin penjagaan muka ni sebelum terlambat?  

Tak Susah Pun, Beberapa Minit Sahaja! 

1. Cuci Muka 2 Kali Sehari 

Cari pembersih yang bersifat lembut serta bebas alkohol atau mana-mana bahan kimia yang keras.  Gunakan pembersih muka daripada cecair daripada jenis bar.  Ini kerana sabun jenis bar cenderung mengeringkan kulit, pun begitu, sabun jenis bar ini mungkin berfungsi lebih sesuai jika kulit anda kategori yang berminyak.   

via GIPHY

Untuk korang yang mengalami kulit berjerawat, cari pembersih yang mempunyai kandungan asid ‘salicylic’, asid ‘glycolic’ ataupun ‘benzyl peroxide’.  Kandungan seperti ini akan memberikan kesan lebih bersih dan bertindak sebagai ‘astringen’ yang membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.  

2. Penyegar/’Toner 

Kenapa toner penting? Toner membantu mengetatkan dan mengecutkan kembali liang-liang pori wajah.  Cuba bayangkan kalau liang pori terbuka? Tak dapat ‘imagine’ macam mana tersumbatnya liang pori dengan minyak dan jerawat!  

Jadi, macam mana nak pilih produk penyegar yang sesuai? Lambakan produk kecantikan di pasaran membuatkan sesetengah daripada para lelaki ni jadi malas nak pilih dan ragu-ragu terhadap kesesuaian produk mengikut jenis serta keadaan kulit yang dimiliki agar tidak memudaratkan dalam jangka masa panjang.  

via GIPHY

Penting untuk kita tahu setiap jenis dan keadaan kulit kerana setiap daripada kita mempunyai keperluan berbeza.   

Terbaru, Laneige memperkenalkan produk penjagaan wajah buat jejaka.  Kandungan 74.9% air laut serta mineral penting antara rahsia kehebatan LANEIGE HOMME Blue Energy Skin Toner ini yang dibuat khas bertujuan meningkatkan tenaga vital dalam kulit lelaki yang letih serta menjadikan Laneige antara produk dari Korea terbaik tahun ini! 

Penyegar Yang Merawat Kulit Wajah!

Ia merupakan toner kulit anti-penuaan jenis gel yang memberi kelembapan dan melegakan kulit yang letih jadi lebih sihat.  Formula yang direka khusus untuk lelaki ini menjadikan toner jenis gel ini lebih mudah untuk digunakan bagi kaum Adam.  Senang je, tak payah guna kapas, sapu je siap!   

Toner ini juga memang sangat sesuai untuk korang yang nak cepat.  Ini kerana ia mengandungi ekstrak ‘Centella Asiatica’ yang mampu melegakan kulit selepas mencukur dan membuatkan kulit bertambah lembut.  Mudahkan?

4. Sapu Pelembap/Losyen 

Tahukah korang pelembap atau losyen ni sememangnya penting untuk kulit wajah kerana dapat melembapkan wajah, mengelakkan kulit kering, memberi nutrisi serta melambatkan proses penuaan.  Sekarang dah tahukan betapa pentingnya losyen pelembap ni? 

Losyen Dengan Ekstrak Spirulina Terbaik Untuk Lelaki! 

Bagi yang tak tahu, Spirulina merupakan antara tanaman yang sangat bermanfaat untuk kecantikkan kulit wajah.  Protein, mineral dan vitamin antara ‘zat’ yang terdapat didalam Spirulina yang menjadikan kulit terasa lebih anjal.  

Ekstrak Spirulina mengandungi pelbagai mineral dan asid amino lengkap untuk menutrisikan kulit.  Kandungan ini sangat membantu kulit dalam melakukan proses regenerasi sel kulit sehingga kulit mampu terhindar daripada risiko penuaan.  Berseri-seri selalu lah nampaknya ya! 

LANEIGE HOMMBlue Energy Essence antara produk pelembap yang mempunyai esktrak Spirulina dan mengandungi 75.8% air laut di dalamnya.  Tekstur LANEIGE HOMME Blue Energy Essence yang sangat lembut dan licin ini sangat sesuai untuk kegunaan sepanjang hari kerana ia dirumus khas untuk 4 masalah utama kulit lelaki iaitu; kulit kering, kulit kusam, tidak anjal dan kedutan.  Jangan ragu-ragu dengan kebaikan Essence ini kerana ia dijamin telah diuji secara klinikal dan selamat untuk digunakan. 

Tambahan pula, tak susah pun nak pakai bro! Lepas dah guna penyegar, sapukan sedikit losyen daripada Laneige ini dan korang sudah pun sedia untuk keluar rumah.  Aroma wangian daripada Essence ini membuatkan ianya sangat sesuai dengan keinginan para lelaki masa kini.    

Untuk yang menginginkan kombinasi produk terbaik bagi kulit wajah untuk kekal sihat dan muda persis selebriti Korea, tak perlu runsingkan kepala lagi, dapatkan sahaja Laneige Homme Blue Energy Toner dengan harga RM127 dan Blue Energy Essence in Lotion berharga RM136 di semua kaunter kecantikan Laneige di seluruh negara. 

Confirm lepas pakai ni dapat tackle jodoh sorang.

via GIPHY

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk daripada Laneige ini, boleh layari: 

Laneige Malaysia



Nur Farra