Siakap Keli

Gara-Gara Ingin Cantik Secara Semulajadi, Wanita Amal Minum Air Kencing Anjing Peliharaannya

Seorang wanita mendakwa, petuanya untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri secara semula jadi adalah dengan meminum air kencing anjing peliharaannya.

Menurut Lynn Lew, air kencing anjing itu telah menghilangkan masalah jerawatnya dan juga boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser.

Wanita itu turut memuatnaik video bagi menunjukkan cara bagaimana dia mendapatkan air kencing anjing yang menjadi amalan kecantikannya selama ini.

“Ramai diantara anda bertanya bagaimana saya sentiasa kelihatan cantik, bagaimana solekan saya kekal sempurna atau bagaimana saya kelihatan berseri-seri,” kata Lynn kepada kamera yang merakam perbuatannya itu.

Dia kemudiannya membawa anjing peliharaannya menghampiri sebatang pokok untuk kencing. Anjing itu kemudiannya kencing di dalam cawan plastik yang ditadah oleh wanita itu. Tanpa rasa jijik, Lynn terus meneguk ‘minuman’ tersebut.

“Sebelum saya minum air kencing anjing saya, saya tertekan, sedih dan mempunyai jerawat yang teruk.

“Air kencing anjing ada vitamin A, vitamin E dan 10 gram kalsium. Malah ia terbukti boleh merawat kanser,” dakwanya lagi.

Tindakan Lynn bagaimanapun dibidas Dr Zubair Ahmed dari MedicSpot GP yang menyatakan bahawa amalan itu tidak membawa manfaat kerana sebaik sahaja air kencing haiwan berada di dalam badan, ia boleh mengandungi bakteria.

Sumber : MetroUK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.