Siakap Keli

“Lahir Dengan Ekzema Lagi Teruk Daripada Lahir Miskin”, Gadis Bunuh Diri, Bunuh Ibu Bapa Kecewa Tanggung Sakit ‘Keturunan’

Terlalu sedih dan kecewa diatas penyakit yang dialami, seorang gadis berusia 23 tahun, bertindak membunuh kedua ibu bapanya serta membunuh diri kerana tidak tahan menanggung malu menjadi hodoh.

Pan Ching-yu yang menderita sakit kulit (ekzema) dikatakan telah ditemui mati bersama mayat kedua ibu bapanya di sebuah apartment di Hong Kong dengan satu catatan bunuh diri.

Polis menemukan mayat gadis itu dengan keadaan kepalanya diserkup beg plastik yang dihubungkan paip kanister gas helium, sementara mayat ibu bapanya ditemui dengan kesan tikaman.

Laporan awal polis mendapati, gadis tersebut telah menyerang ibu bapanya sehingga meninggalkan luka yang membawa maut di bahagian dada ayahnya, dan dada, pinggang serta kaki ibunya.

Pang Ching-yu bertindak sedemikian kerana menyalahkan kedua ibu bapa yang telah menyebabkan dirinya menjadi seorang gadis ‘buruk’ berpunca daripada penyakit ekzema yang ditanggung.

“Orang yang ada sakit ekzema dan melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang lahirkan anak.” tulis Ching-yu didalam sebuah forum.

“Kalau miskin pun, kita boleh ubah dengan kerja keras. Tapi kalau ekzema, maaf, anda terpaksa tanggung malu dan sakit sampai mati tanpa boleh diubah.”

Polis dalam siasatan itu turut menemukan sebilah pisau berukuran 30 cm dengan berlumuran darah di dapur.

Ekzema adalah keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.ek

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Sumber: CNN

Nur Farra