Siakap Keli

Risau Anak Menangis Masa Tengah Syok Makan Ketupat? Ini 5 Tips Elak Anak Meragam Ketika Beraya

Mesti bulan ni dah penuh jemputan beraya dan rumah terbuka yang korang terima kan? Tak sabar nak jumpa dan ziarah kawan-kawan serta sanak-saudara.

Tapi, lain pula yang dirasai oleh mereka yang bergelar ibu bapa ni terutama pasangan yang baru sahaja memiliki cahaya mata.  Bila dapat jemputan mulalah runsing macam mana nak bawa anak yang masih kecil ni? Nanti merengek dan pelbagai pe’el yang ditunjukkan. Risau pula hati ini!

Apa kata korang cuba 5 tips elak anak meragam ketika beraya yang dikongsikan oleh Puan Aizah Zarirah ni.  Diharap perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu korang dalam masa yang sama merasai juga kemeriahan Syawal dengan orang yang tersayang.  Semoga bermanfaat!

Tidur memainkan peranan yang penting ketika berhari raya. Anak akak hari-hari biasa pun, kalau dia tak dapat tidur yang cukup, mula la dia nak mengamuk dan meragam, apatah lagi ketika penat beraya. Jadi, amat penting untuk kita sebagai ibu pastikan anak-anak mendapatkan tidur yang secukupnya pada malam hari supaya mereka akan kekal bertenaga pada waktu siang. Untuk anak-anak yang masih baby pulak, pastikan kita menyediakan ‘carseat’ supaya anak mudah nak tidur dalam kereta nanti.

Jangan ingat hari raya, kita akan pikir banyak makanan untuk anak-anak nanti sampai lupa nak bagi anak kenyang dulu sebelum keluar rumah. Nama pun sambut Hari Raya, memang ada macam-macam juadah yang boleh kita dapati. Tetapi kita kena ingat, bila beraya dengan anak-anak kecil ni, bukan semua makanan yang mereka boleh makan tau. Oleh itu, untuk elak anak meragam ketika beraya adalah dengan memastikan anak-anak makan dengan kenyang dan secukupnya sebelum keluar beraya tu. Kalau anak masih bawah 6 bulan, pastikan mereka dapat menyusu mengikut waktu seperti biasa.

Nak elak anak meragam ketika beraya adalah dengan membawa barang mainan kegemaran mereka. Tapi, janganlah kita bawa satu raga pulak mainan tu nanti haha, bawa salah satu je yang mereka suka sangat. Kalau nak bagi smartphone pulak. Kita jangan terlampau lekakan anak dengan asyik main game sebaliknya gunakan pembelajaran untuk tontonan mereka. Sambil beraya, sambil belajar juga.

Kak eja sebagai seorang ibu nak sangat anak-anak nampak cantik dan bergaya di hari raya kan. Tetapi, tunggu dulu. Kita kena ingat, yang kita nj bukan duduk di negara korea. So, Jangan sampai berlapis-lapis pula pakaian mereka. Maklumlah, nak beraya ni bukan sepanjang masa berada di tempat yang teduh, ada masanya kena berjalan jauh dan berada di tempat yang sesak juga. Lebih baik untuk memakaikan anak-anak dengan pakaian dari material kain yang sejuk supaya kulit mereka mendapat pengaliran udara yang baik.

Haa, ini penting untuk kita bawa kemana je kita nak pergi. Bila dah makan banyak, mulalah perut nak meragam kan? Jadi, anak-anak pun mula nak menangis mengadu sakit perut. Salah satu cara untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan minyak angin.  Tapi kena pastikan minyak angin yang selamat di gunakan oleh anak-anak. Kalau Kak eja memang akan bawak therapy oil by boomi baby sebab bukan hanya boleh digunakan dekat anak-anak je, kita sendiri pun boleh guna.

Sumber: Facebook Aizah Zarirah

Nur Farra