Siakap Keli

Sisa Najis Pon Dibuang Dari Tingkat Atas Rumah, Memang Dasar Pengotor – Penghuni Warga Asing Di Malaysia Makin Melampau

Jijik dan menggelikan. Itulah perkataan yang boleh menggambarkan keadaan kawasan perumahan ini. Bau busuk dan sampah sarap yang bertaburan seakan pemandangan biasa yang boleh dilihat.

Sampah yang dibuang dari tingkat atas bukan sahaja mengotorkan blok berkenaan tetapi turut membahayakan penghuni lain yang sedang berjalan di bawah. Namun, mereka masih boleh hidup menjalani kehidupan seperti biasa biarpun dikelilingi timbunan sampah.

Umpama mencurah air ke daun keladi, pelbagai kempen kesedaran yang dilancarkan oleh badan kerajaan mahupun NGO seakan tidak mampu mengubah situasi ini. Tidak keterlaluan andai kata teguran dan didikan sudah tidak lagi berkesan. Hanya penguatkuasaan yang menyeluruh dan hukuman berat harus dikenakan terhadap masyarakat yang sewenang-wenangnya membuang sampah di merata tempat.

Melihat tinjauan mengejut pihak Alam Flora ke tapak lokasi yang dikatakan viral sisa pepejal tidak dikutip diharap dapat membuka mata ramai pihak. Sememangnya tugas mereka untuk membersihkan kawasan, tetapi kalau sudah seteruk ini sikap penduduk, apakah masih lagi boleh dibiarkan?

Lawatan kejutan oleh CEO kami ke tapak lokasi yang dikatakan viral sisa pepejal tidak diurus dengan baik oleh penduduk di Jalan Baba, Cheras Batu 2 1/2 dan Taman Tenaga Kuala Lumpur.

Dato’ Haji Mohd Zain Hassan menekankan penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku di negara yang kita cintai ini iaitu Malaysia.

Selepas dibersihkan masih lagi sikap penduduk membuang sampah dari tingkap tanpa menghiraukan siapa yang berada di bawah.

Kata pekerja kami lagi bukan saja najis malah sisa lain seperti televisyen dibuang dari tingkat atas. Mujur tidak terkena pekerja kami yang bertugas di bawah. Malah pekerja kami berasa bimbang setiap hari sekiranya melalui jalan berkenaan ketika operasi. Trauma… trauma…

Diharapkan kita dapat melihat permasalahan ini agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan baik dan bijaksana.

Kebanyakan warga asing yang menginap di kawasan ini merupakan warganegara Bangladesh dan Myanmar. Bukannya tong sampah tidak disediakan, tetapi mereka ini sewenang-wenangnya mencampak sampah dari tingkap atas rumah kerana lebih ‘mudah’. Budaya malas dan pengotor apakah ini?

Alam flora membersihkan kawasan tersebut enam kali seminggu tetapi perkara yang sama berulang setiap hari. Ini bukan sahaja merupakan sikap yang tidak boleh diterima namun langsung tidak ada dasar prihatin kepada pekerja yang bertungkus-lumus mengutip sisa sampah dari masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Perkongsian ini diharap dapat diambil perhatian serius oleh pihak yang berwajib kerana jika dibiarkan warga negara asing semakin melampau. Tiada cara lain, hanya undang-undang yang tegas mampu mengajar golongan ini !

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

2 komen

  • Terlalu ramai wargaming asing dibenar masuk Malaysia lebih tempoh pelancong bawa Banyak masalah termasuk gejala sosial dan keselamatan orang tempatan. Rata rata Di Bukit Bintang Dan masjid India contoh mudah penuh dengan warga asing.gagak hitam begitu ramai merisaukan Kita until keluàr selalu jauh sekali keluàr malam. Banyak kes bunuh, buang anak, rogol berleluasa Dan macam bukan Malaysia. Keterlaluan Dan kerap sangat. Mudah sangat Unruh membunuh..itu bukan biasa berlaku Di Malaysia. Harap Di bawa ke pihak kerajaan agar tindakan segera diambil untuk Malaysia Yang bersihkan Dan Aman.

  • Setuju sangat pasal dipantau akhlak warga asing (myanmar, Bangladesh atau Indonesia) dengan penguat kuasaan tegas Dan jàngan lah denda RM25 sahaja pulak. Siasat bersihkan Dan hantar Balik negara masing2 lah. Jika Kita duduk negara sendiri Jaga baik2 Dan orang luar pulak nak rosakkan negara Kita sayang Malaysia Baru ini dengan kabinet Yang bijaksana. Moga2 Allah permudahkan segala urusan untuk pulihkan Malaysia dengan cepat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di