Siakap Keli

Video Tular Pelancong Menari Atas Tembok Masjid, Pihak Pengurusan Larang Semua Pengangkutan Bawa Masuk Pelancong

Ekoran video tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan perilaku tak senonoh pelancong asing di atas tembok pagar masjid, pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah mengambil keputusan untuk melarang pelancong untuk melawat masjid berkenaan buat sementara waktu berkuasa serta-merta.

Dalam kenyataannya menyatakan rasa kesal tindakan pelancong terbabit meskipun sudah diberitahu tertib serta peraturan di sekitar masjid.

Rentetan kejadian itu, pihak masjid juga memutuskan untuk tidak membenarkan semua bas ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi untuk membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid, melainkan teksi yang sudah berdaftar dengan pihak masjid.

“Larangan itu tidak membenarkan kenderaan pengangkutan berkenaan meletakkan kenderaan (parkir) di luar masjid seperti yang biasa diamalkan sebelum ini,”, katanya.

Menurut Jamal, MBR membuka peluang kepada pelancong untuk mengunjungi masjid itu dengan anggaran 500-1000 pelancong melawat masjid itu setiap hari.

“Pada dasarnya, pihak pengurusan tertinggi MBR telah melaksanakan pelbagai usaha menyampaikan mesej keindahan Islam dan masjid kepada pelancong yang berkunjung, namun masih ada pelancong yang bertindak di luar jangkaan.

“Usaha ini termasuklah inisiatif pihak MBR menyediakan pemandu pelancong, jubah, baju kurung, tudung, kopiah dan sebagainya,” katanya dan menurutnya masjid itu juga menyediakan Pusat Pelancongan bagi memudahkan penyaluran maklumat serta menyemarakkan aktiviti dakwah.

Katanya bagi menjaga imej dan kesucian Islam dan masjid itu serta kelestarian industri pelancongan di Sabah, pihak MBR akan mengadakan perbincangan lanjut bersama agensi berkaitan pelancongan bagi mencari jalan terbaik yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sumber: Bernama, Sabah Viral

Nur Farra