Siakap Keli

Pogba Keluar Duit Terbangkan Tukang Gunting Rambut Ke Russia Demi Semangat Pasukan Perancis

Ketika ini, sedang hangat berlangsung kejohanan utama bola sepak dunia, Piala Dunia 2018 dimana menyaksikan giliran Russia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Tidak sah sekiranya kempen Piala Dunia kali ini dihiasi dengan gelagat-gelagat pemain yang menambah pedas dalam edisi Piala Dunia kali ini.

Terbaru, bintang Manchester United, Paul Labile Pogba telah membawa seorang tukang gunting rambut professional dan berniat untuk menaikkan semangat rakan sepasukannya dengan gaya rambut yang baru, lapor Daily Mail . Tukang gunting rambut yang bernama Ahmed Alsanawi itu diterbangkan sejauh 1500 batu oleh Pogba untuk memberikan khidmat gunting rambut istimewa untuk pemain-pemain Perancis.

Pogba yang sudah sedia terkenal dengan gaya rambut yang pelbagai bentuk dan warna merasakan tindakan beliau itu boleh menambah semangat pemain-pemain lain. 13 orang pemain mendapat potongan rambut yang baru termasuk pemain Manchester City, Benjamin Mendy dan penyerang PSG, Kylian Mbappe.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=gMjSY_DQ5zc]

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)