Siakap Keli

Bekas Pengawai Khas Najib Razak Ditahan Reman 7 Hari

Berhubung kes 1Malaysian Development Bhd (1MDB) Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang ‘Datuk’ berhubung kes 1Malaysian Development Bhd (1MDB). Perintah reman tersebut bermula hari ini sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qS-s0CsGPl8]

‘Datuk’  itu tiba di perkarangan mahkamah dengan berpakaian lokap oren kira-kira 9.15 pagi dengan tangan digari.  Bekas pegawai Khas yang berusia 42 tahun itu telah meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu dan dikata pernah berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan (Khazanah Nasional Berhad).  Beliau mula bekerja dengan Najib Razak sejak tahun 2009.

Sebelum ini, lelaki berumur 42 tahun dipanggil untuk diambil keterangan sebelum ditahan kira-kira 9.45 malam di ibu pejabat SPRM semalam – BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.