Siakap Keli

Digi Tampil Dengan Tema #NiatBersama Sempena Aidilfitri, Kisah #Nawaitu Nidzam Jamil Sentuh Hati Netizen

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, setiap orang mempunyai makna tersendiri untuk menterjemahkan bulan yang cukup bermakna ini. Tibanya bulan Syawal bermakna hari kemenangan buat penganut agama Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Raya kali ini juga untuk kita memahami maksud keikhlasan, kejujuran dan pentingnya sesebuah #NiatBersama itu. Digi yang tambil dengan filem pendek #Nawaitu ini, dapat melihat bagaimana kisah sebenar Nidzam Jamil menyimpan niat yang ikhlas untuk membantu anak-anak muda mencapai cita-citamereka sebagai pemain bolasepak.

Siapa tidak kenal dengan bekas pemain kebangsaan, Mohd Nidzam Jamil yang mana satu ketika dahulu pernah menjadi salah seorang pemain pertahanan yang cukup kental mengekang asakan dari pihak lawan.

Sepanjang karier beliau sebagai pemain bolasepak, beliau pernah berkhidmat di beberapa pasukan seperti Selangor FA, Selangor PKNS, dan Negeri Sembilan FA. Bersara seawal usia 28 tahun, Nidzam tekad untuk meneruskan perjuangan dalam bolasepak sebagai jurulatih. Beliau pernah melatih pasukan SPA FC, Air Asia FC, dan terkini menjadi pembantu jurulatih pasukan Felda United FC.

Apabila bercerita tentang Nidzam Jamil, orang pasti akan teringat kepada kekentalan abangnya Zaid Jamil yang juga bekas pemain kebangsaan satu ketika dulu. Nidzam akui bahawa karier beliau sebagai pemain sedikit sebanyak dipengaruhi oleh abang beliau sendiri yang ketika itu banyak membantu keluarga dan masyarakat sekeliling.

Pada usia 27 tahun, Zaid Jamil terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan telah pergi menghadap Illahi dalam tragedi tersebut. Nidzam pada mulanya sukar menerima hakikat pemergian abangnya seawal usia tersebut dan keluarga juga mengatakan bolasepak di dalam keluarga beliau sudah berakhir. Namun, Nidzam tetap meneruskan karier beliau sebagai pemain dan menjadikan arwah abngnya itu sebagai sumber kekuatan bagi dirinya.

Cerita pendek raya dari Digi ini sarat dengan mesej dan pengajaran berguna serta memberi erti apa itu #NiatBersama yang kita selami bersama orang lain. Ini bukan sekadar tentang bolasepak tetapi tentang kejujuran dan keikhlasan seseorang terhadap #Nawaitu yang diazamkan untuk memberi kebaikkan kepada semua orang disekeliling kita.

Tonton cerita pendek #NiatBersama bersama Coach Nidzam di Digi. 
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=i80mBx7Idbo]

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)