Siakap Keli

Gagal M-chart Tidak Semestinya Mereka Autism, Ibu Bapa Tolonglah Bawa Anak Jumpa Pakar

Autism merujuk pada gangguan perkembangan yang mempengaruhi sistem otak yang berkaitan dengan kemahiran sosial, tingkah laku yang berulang dan kemahiran berkomunikasi.

Hal  ini disebabkan oleh pengaruh genetik dan alam sekitar.

Tanda-tanda autisme paling jelas cenderung dilihat dalam usia 2 dan 3 tahun. Dalam sesetengah kes, ia boleh didiagnosis seawal 18 bulan dan sesetengah kelewatan perkembangan berkaitan dengan autisme boleh dikenalpasti serta dapat ditangani lebih awal.

Seorang pakar perubatan bernama Dr.Nimelesh Balanthiren memberi penjelasan dalam laman sosialnya berkenaan isu Autism yang mengatakan Autism merupakan kecelaruan neurologi yang mengakibatkan gangguan kepada perkembangan otak dan sistem sensori.

Berikut penjelasan dari Dr.Nimelesh :

“AUTISM.”

Saya ingin menegaskan Autism ini bukan sejenis penyakit, atau kekurangan (disability) sebaliknya ia merupakan kecelaruan neurologi yang mengakibatkan gangguan kepada perkembangan otak dan sistem sensori.

Kajian menunjukkan sebanyak 1 bayi daripada 68 bayi yang lahir setiap tahun akan lahir dengan Autism. Maksudnye lebih kurang 9000 bayi di Malaysia setahun.

Sampai sekarang , punca Autism masih tidak dikenal pasti dan Vaksin telah dibuktikan sebagai selamat dan tidak menyebabkan autism.

Malah kajian menunjukkan bayi yang tidak divaksin mempunyai risiko lebih tinggi untuk cacat atau mati berbanding bayi yang divaksin , disebabkan oleh penyakit seperti Measles (Demam campak) yang boleh menyebabkan komplikasi kepada otak.

Saringan Pertama Dilakukan Menggunakan M-Chart

Oleh kerana Autism ini susah untuk didiagnosa pada peringkat awal, saringan pertama akan dilakukan pada umur 18 bulan dengan menggunakan M-Chart.

Pemeriksaan M-Chart ini dilakukan di semua klinik kesihatan. Jadi adalah amat penting untuk ibu bapa hadir ke klinik untuk temu janji secara berkala.

Ibu bapa boleh menjawab sendiri soalan soalan dalam M-chart terlebih dahulu sebelum temu janji masa 18 bulan.

Soalan 2, 7, 9, 13, 14, 15 merupakan soalan kritikal (Rujuk soalan M-Chart).

Kanak kanak dianggap gagal M-chart sekiranya dia sangkut
-2 atau lebih soalan kritikal
atau
– 3 atau lebih mana mana soalan.

Kanak-Kanak Gagal M-Chart tak semestinya Kanak-Kanak Autism, Perlu Diperiksa Oleh Doktor Pakar

TETAPI INGAT

Kanak kanak yang gagal M-chart tidak semestinya merupakan kanak kanak dengan autism. Tetapi mereka perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh Doktor Pakar.

Ibu bapa kena sentiasa alert dan pantau untuk “Red Flag Behaviors“. Sekiranya anak anak ada tanda ini, tolong dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik.

Red Flag Behaviors ( National Institute of Child Health & Human Development)

– tiada suara (babbling) walaupun kanak kanak dah nak 12 bulan – contoh bayi tak boleh buat suara “ba ba” , “da da” dan sebagainya
– tak boleh lambai , tunjuk dengan jari walaupun dah 12 bulan
– tidak dapat bertutur sebarang perkataan (single word) walaupun dah 16 bulan
– tidak dapat cantum dua perkataan walaupun dah 24 bulan
– Hilang sebarang skil bercakap (mengikut umur)

Red Flag Behaviors ( Robins, Fein , Barton & Green, 2001)
– tidak menunjuk dengan jari benda yang dia nak
– tiada respons bila nama dipanggil
– tidak menunjukkan minat kepada kanak kanak lain
– tidak membawa benda kepada orang dewasa
– tidak pandang kepada benda walaupun kita tunjuk jari kat benda tersebut
– tidak meniru perbuatan orang dewasa.

Kajian menunjukkan intervensi awal memberi keputusan yang amat memberangsangkan kepada perkembangan kanak kanak.

Jadi jangan tinggalkan temu janji klinik!

 

 

 

 

 

Sumber : Nimelesh Max Balanthiren

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey