Siakap Keli

Nasib Tak Baik, Peminat Tegar England Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Seorang peminat fanatik bola sepak England yang telah mengembara sejauh lebih 3,000km ke Rusia hanya untuk menyaksikan perlawanan antara England dan Panama tidak bernasib baik apabila menyedari dia meninggalkan tiketnya di rumah dan telah terlepas kemenangan besar negara itu.

Douglas yang kesal dengan kecuaiannya itu telah bertindak merayu kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikannya 1 tiket sebagai ganti.

Dalam pada masa yang sama, Douglas bernasib baik apabila terserempak dengan editor ITV News, Dan Howells yang kebetulan menginap di hotel yang sama.

Douglas yang telah menceritakan pengalamannya itu membuatkan Din turut bersimpati dan bertindak untuk membantunya dengan memuat naik gambar mereka berdua melalui laman Twitter miliknya dengan kapsyen:

“Ini Douglas.  Dia menginap di hotel yang sama di Volgograd.  Kami baru saja terjumpa dengannya di Nizhny Novgorod dan dia menyedari yang telah tertinggal tiket dirumahnya di Bristol. Jika ada sesiapa diluar sana yang mempunyai tiket lebih, tolong beritahu saya.”

Daripada pertolongan Dan, usaha itu berhasil apabila mereka berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan itu.  Tetapi sekali lagi Douglas tidak bernasib baik apabila Dan tidak dapat menemuinya untuk menyerahkan tiket berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra