Siakap Keli

Dikecam Hina Agama Dalam lakonan, Sharifah Sakinah Tampil Buat Penafian

Umum mengenali Sharifah Sakinah sebagai seorang pelakon dengan perangainya yang gila-gila. Malah ramai yang terhibur dengan keletah dah aksi yang bersahaja aktress yang berasal dari Kuala Lumpur tersebut. Terbaru, nama Sharifah Sakinah disebut lagi apabila dikatakan sebagai mempermainkan agama dalam telemovie terbarunya ”Bini aku Dari” yang ditayangkan pada hari raya yang lalu.

Raya ini, telemovie lakonan Sharifah Sakinah itu menjadi salah satu telemovie yang ditunggu-tunggu tayangannya. Namun, lakonan aktress berkenaan dikecam sebagai mempersendakan agama dalam telemovie tersebut.

Sakinah lantas memperjelaskan dalam instragramnya bahawa drama tersebut mempunyai banyak mesej dan pengajaran untuk dijadikan teladan kepada penonton. Malah beliau dan pihak produksi tidak pernah berniat untuk mempersendakan agama.

Berikut merupakan penjelasnya :

View this post on Instagram

Regarding the issue of people accusing Telemovie Bini Dari… mempermainkan agama I would like to give my response. First of all, I see myself as an actor rather than a comedian so it’s not my intention to make reckless jokes, I’m just glad if my audience are entertained by the story and take iktibar from the messages that we tried to convey. But the character is somehow a hasty, short minded bimbo (or at least she pretended to be), so I acted like a bimbo to the bone .. sampai ke seluar dalam aku pun character bimbo For those yg sesuka hati kecam the drama assuming that we are making fun of agama. well please watch the whole story until the end and grasp the message. Lydia ni bengap ,lenge ala ala naive character who didn’t bother to properly study about agama, just assume with half-baked fact/fatwa especially from google. Lepas tu, she’s going very extreme without guru yang betul or even research it further, dengar pun separuh-separuh. Macam audience yang attack nilah tengok pun agaknya separuh2. It’s not our intention pun to mempermainkan agama, memperli yg u guys sangkakan. Takkanlah kami berani nak buat begitu. The story does contain pengajaran and moral eventhough the characters are a bit bengap so that we can deliver the message through light and funny scenes. Lastly, enjoy the drama, learned from Lydia’s mistake and please watch it legally from Astro decoder and Astro On the Go only, thank you.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sharifah Sakinah yang membawa watak Lydia berganding bersama Rudy (dilakonkan oleh Aiman Hakim Redza). Keserasian pasangan ini sukar dinafikan setelah beberapa kali bergandingan dalam beberapa telemovie dan drama sebelum ini. Malah telemovie Bini Aku Dari.. ini merupakan sambungan kisah daripada telemovie yang meletop pada tahun 2015 iaitu Girldfriend Aku Dari Neraka. Telemovie itu mendapat sambutan hangat dan diangkat menjadi drama 18 episod.

Sakinah turut menambah bahawa netizen yang menganggap telemovie itu sebagai mempersendakan agama tidak menonton sehingga ke penghujung. Watak yang dibawa olehnya ialah sebagai seorang gadis naif yang bernama Lydia. Lydia dalam cerita tersebut lebih cenderung menggunakan internet dalam membuat andaian mengenai agama. Lydia hanya mendengar ceramah separuh dan beliau percaya secara ekstrem tanpa guru. Ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat supaya mengkaji dahulu maklumat yang diterima sebelum mempercayainya.

Sakinah menambah bahawa beliau cuba sebaik mungkin menyampaikan watak lydia supaya mampu memberi pengajaran dan teladan kepada penonton. Malah beliau tidak langsung membayangkan diri beliau sebagai pelawak tetapi sebagai pelakon yang cuba menzahirkan watak Lydia. Beliau juga mengucapkan rasa syukur sekiranya penonton terhibur dan berharap supaya mereka mendapat mesej baik yang cuba disampai oleh telemovie tersebut.

View this post on Instagram

Jawa mix

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.