Siakap Keli

(Gambar) Bergembira Dalam Duka, Ini Cara Rakyat Palestin Bersantai Dalam Kekurangan

Palestin, sebuah negara yang menempatkan kiblat pertama umat Islam, sudah lama menderita akibat penindasan tidak berperikemanusian regim Zionis. Hari demi hari, tahun demi tahun, Palestin terus digasak segenap penjuru. Ada yang kehilangan rumah akibat dibom, ada yang kehilangan anggota keluarga ketika bertempur dengan tentera Israel dan ada juga yang kehilangan anggota badan akibat menjadi mangsa serangan ganas rejim Zionis ketika keluar membantah penindasan negara Yahudi itu.

Tekanan sememangnya dirasai oleh mereka yang menjadi mangsa secara langsung di sana. Kita mungkin menanggung luka di hati melihat saudara kita disana diperlakukan sedemikian rupa, tetapi mereka di Palestinlah yang terpaksa menanggung luka sebenar daripada peperangan tersebut. Kita dapat keluar berhibur untuk menghilangkan kesakitan yang dirasai, lalu bagaimana penduduk Palestin dan yang tinggal di Gaza berhibur untuk lari sebentar daripada kekejaman yang ditempuhi saban hari?

”Penduduk Palaestin khususnya golongan remaja bukan sahaja tidak mempunyai kehidupan malam yang menarik, malah mereka langsung tiada kehidupan harian,” kata Ahmed, 24, yang turut memberitahu kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan.

‘Tanpa duit, anda tidak boleh bercakap mengenai hiburan dan rekreasi, walaupun di bumi sendiri, di Gaza.

”Jika kamu dipenjara, kehidupan harian kamu terhad kepada tidur dan bangun makan sedikit, kemudian tidur kembali. Jika kamu bebas dan mempunyai sedikit wang, kamu boleh keluar bersantai di kafe sambil menghisap nargila,” katanya.

Jadi, sekiranya anda sebagai rakyat dan remaja Palestin yang tinggal di Gaza dan mempunyai sedikit wang, apa yang anda boleh buat untuk berhibur?

”Secara umumnya, terdapat tiga jenis aktiviti rekreasi yang boleh dan biasa dilakukan oleh rakyat Palestin iaitu mereka yang bersantai di hadapan pintu rumah, yang keluar bersantai di kafe dan yang keluar beriadah di kawasan pantai. Kesemua aktiviti ini berbeza dan ia bergantung kepada situasi ekonomi mereka.

”Jika seseorang itu sangat miskin, mereka tidak akan meninggalkan rumah dan jika tiada pertembungan antara kumpulan Fatah dan Hamas di jalan yang sangat berbahaya, mereka boleh bersantai di hadapan pintu rumah mereka.

”Kumpulan kedua adalah mereka yang bersantai di pantai. Mereka juga boleh dianggap sebagai tidak mempunyai wang. Sekumpulan penduduk Palestin terdiri daripada lima hingga enam orang, beli satu bag tembakau untuk menghisap nargila yang berharga New Israeli Shakel (NIS) 14, membayar NIS 2 untuk teksi dan sekilogram arang, dan bersantai di pantai.

”Kumpulan yang ketiga adalah mereka yang mempunyai wang dan boleh bersantai di kafe. Setiap kali keluar bersantai di kafe di kafe, anda perlu berbelanja sebanyak NIS 6 – 7 untuk minum dan nagirla.

”Tidak semua bernasib baik seperti saya, dapat meminta wang saku daripada ibu sebanyak NIS 20 hingga 30. Tetapi remaja yang bersantai di kafe datang daripada keluarga yang kara raya di mana ibu bapa mereka bekerja di syarikat antarabangsa ataupun seorang ahli perniagaan,” kata Ahmed.

Bagi penduduk Palestin dan Gaza, satu-satunya kawasan pantai yang menjadi tumpuan untuk bersantai adalah kawasan pantai yang menghadap Laut Mediteranian. Walaupun pantai ini bebas dikunjungi, namun ia nyata tidak mampu menampung jumlah penduduk di wilayah terkepung itu yang melebihi 2 juta orang.

Penduduk-pendudk Gaza yang mempunyai sedikit modal, hanya mampu mendirikan gerai-gerai yang amat daif dan menyediakan juadah-juadah tradisional dan barbeque. Berbeza dengan pantai-pantai Mediteranian lain yang menjadi tumpuan ramai, tersedia deretan stor-stor dan hotel-hotel mewah, akibat sekatan yang dilaksanakan oleh Mesir dan Israel.

Ada juga gerai-gerai ini menyediakan perkhidmatan taman hiburan buat anak-anak kecil Gaza. Kemudahan-kemudahan yang disediakan biasa dilihat seperti yang ada di Malaysia, cumanya ia tidaklah segah mana. Cukup sekadar ada.

Selain itu, ada juga penduduk Gaza yang mengambil inisiatif untuk menghias pantai mereka dengan lampu untuk menyerikan suasana dengan cahaya yang lebih cerah, walaupun kekurangan sumber tenaga.

Itulah kehidupan rakyat Gaza, tertindas dan teraniaya yang cuba mencari ketenangan menjalani kehidupan normal, sama seperti keluarga-keluarga lain di seluruh dunia.

Sumber : Reuters, Y Net News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di