Siakap Keli
Pradnya Survase was arrested for allegedly serving poisoned food to guests at a feast, in Khalapur.

Geram Dihina Kerana Tak Pandai Memasak, Wanita Racun 5 Orang Dengan Kuah Dal

Akibat tidak tahan dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak pandai memasak, seorang wanita di India tekad membunu ahli keluarganya iaitu suami dan mertua dalam sebuah majlis masuk rumah baru.

Polis berkata, tertuduh, Pradnya Survase, 23, ditahan selepas didakwa memasukkan racun perosak ke dalam kuah dal yang kemudiannya dihidangkan di majlis tersebut yang dihadiri seramai 120 orang tetamu.

Dia berniat membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang biras kerana mereka sering mengejek kemahiran memasaknya sejak berkahwin 2 tahun lalu.

Survave, yang bercerai dengan suami pertama, percaya bahawa semua saudaranya itu yang menjadi punca kerosakan perkahwinan keduanya.

Difahamkan, tetamu datang pada majlis tersebut yang bermula pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam.

Namun kemudiannya, mereka mula mengalami muntah dan sakit perut. Susulan itu, 88 daripada tetamu telah dimasukkan di hospital.

Empat kanak-kanak berusia 7 hingga 13 tahun bersama seorang warga emas, Gopinath Nakure disahkan meninggal dunia.

Soal siasat telah dijalankan dan menurut polis, Survase telah mengakui kesalahannya. Dia mengaku telah menggunakan racun ular dalam masakan tersebut.

Ujian forensik juga mendedahkan wujud racun perosak dalam kuah dal dan racun itu dijumpai berhampiran rumah.

Survase didakwa atas tuduhan membunuh, konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.

Jika disabit bersalah, Survase boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.