Siakap Keli

Honor 10, Pilihan Terbaik Peranti Bangsawan Bajet Untuk Didampingi

Memilih sebuah telefon pintar bukannya mudah, ianya memerlukan effort dan masa untuk membuat kajian terlebih dahulu dengan mengambil kira faktor kos, rupa dan tenaga batin fon itu sendiri termasuklah kamera dan prestasinya.

Ada yang kos rendah, ada yang kos sederhana dan sudah semestinya impian setiap umat manusia memiliki fon berkelas bangsawan untuk didampingi. Bila balik kampung pun makcik-makcik pun dah celik bab telefon kat pasaran.

Kepada yang sedang mencari peranti berkuasa kuda pada harga berpatutan, jom kita lihat sebuah peranti yang mencuri tumpuan kami, sehinggakan penulis sendiri terpaksa meneguk segelas air menghilangkan rasa dahaga melihat peranti ini.

Bak kata pepatah, tiada satu pun di dunia ini yang sempurna. Kalau cantik di luar, di dalamnya kita belum tahu. Ya, pepatah ini boleh digunakan untuk manusia, tetapi untuk telefon pintar, penulis merasakan Honor 10 menghampiri kesempurnaan.

Binaan skrin trendy bertakuk dengan ukuran 5.84 inci pada resolusi FHD+ dengan nisbah paparan skrin 19:9 pula mempamerkan rupa seperti ratu kebaya moden.

Menyentuh tentang tenaga batin peranti ini, ianya dilengkapi dengan cip Kirin 970 bersama binaan tersedia teknologi kecerdasan buatan(AI) yang berupaya untuk mempelajari tingkah laku pengguna. Anda sudah tidak perlu lagi menyunting di aplikasi ketiga. Seperti ada otak yang mampu berfikir, ianya akan melaraskan dengan sendiri warna dan ketajaman gambar yang akan diproses dalam menghasilkan imej yang mantap.

Figure 1: Dynamic Range yang cukup hebat, warna hijau dan awan dikekalkan lantas menghindari hasil gambar yang wash out
Figure 2: Walaupun backlight dari pancaran matahari dari belakang, pokok kelapa masih lagi menimbulkan warna hijau yang pekat
Figure 3: DSLR? Siapa yang perlukan DSLR lagi sekarang ni.
Figure 4: Efek bokeh atau depth of field juga dilihat sempurna tanpa kecacatan disekeliling tubuh dan rambut.

Peranti ini dapat mengesan objek makanan lalu menghasilkan gambar yang menyelerakan dengan menggunakan kesempatan keatas teknologi AI mereka. Ianya berkebolehan dalam merakam, mengesan objek atau suasana dan dapat membezakan lebih daripada 500 senario dan 22 kategori. Tunggu sikit masa lagi, tak terkejut jika ianya boleh mengesan personaliti manusia malalui raut wajah.

Kamera utama peranti ini menggabungkan lensa 16 MP (f/1.8) serta 24 MP lensa monokrom lantas akan menghasilkan imej yang lebih jelas dan mempunyai kualiti warna yang tajam. Selain kualiti yang ada pada lensa kameranya, cip Kirin 970 turut membantu dalam menghasilkan imej yang baik pada peranti ini bersama sokongan penstabilan imej.

Dari segi prestasi, ianya dimuatkan dengan RAM 4GB dan ruang storan 128GB serta kapasiti bateri 3,430mAh. Ianya turut dilihat tiada masalah untuk menjalankan tugas harian rakyat marhaen yang selalunya tak tidur malam layan PUBG Mobile. Malah, dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge, peranti ini akan sentiasa segar dan cergas untuk penggunaan keesokkan hari walaupun tuannya sendiri mengantuk di tempat kerja sebab tidur lewat.

Honor 10 akan hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black serta Glacier Grey.  Semuanya manis-manis belaka serupa makwe kelate. Malah dengan kemaskini harga iaitu RM 1,599 berbanding harga dahulu RM 1,699, ia membuatkan harganya sangat berbaloi di pasaran tempatan sekaligus menjadikannya telefon pintar bangsawan dengan harga yang amat kompetetif. Dengan apa yang ditawarkan, cuba sebut satu peranti lain pada harga macam ni? Mana ada!

Boleh layari Vmall untuk ketahui info tentang peranti ini dengan lebih lanjut.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di