Siakap Keli

”Kak Long Nak Mengandung Ke Tak Nak?” Wanita Luah Rasa Terkilan, Dihina Kerana Zuriat Lambat

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih kepada hubungan suami isteri. Namun, soal zuriat lambat atau cepat adalah urusan Allah. Ada yang baru berkahwin sudah dikurniakan rezeki anak, tapi ada yang terpaksa menunggu bertahun sebelum memperoleh anugerah terindah itu.

Suara sumbang kadang-kala merobek hati seorang wanita yang bergelar isteri tetapi masih belum mempunyai zuriat dari rahimnya sendiri. Bagaikan sudah menjadi kebiasaan untuk bertanya “Bila nak dapat anak?” beserta sindiran sinis.

Secebis luahan dari hati seorang wanita yang kami kongsikan ini mungkin mewakili rasa terkilan semua wanita yang mengalami nasib yang sama. Buat yang bertanya itu, adakah anda tahu setiap persoalan ada kalanya mengguris hati? Pokok pangkalnya, jangan pernah persoalkan rezeki Allah pada orang lain.

“Macam mana ni kaklong, anak pakcik kawen tahun lepas dah mengandung dah tahun ni”

Aku sengeh. Aku balas, “Ha tu la ada jugak contact2 dia hari tu tapi tak reply”

“Dia mengandung dulu ni kaklong” (Laa..dah rezeki dia, nak buat cam mana? Aku dah mula annoyed dengan pakcik sorang ni)

Tiba-tiba dia tanya, “Kaklong ni nak mengandung ke tak nak?” Aku diam. (Soalan apa dia tanya ni? Tak masuk akal kot)

“Cuba bagitahu, kaklong ni nak mengandung ke tak? Ke taknak mengandung sebab takut gemuk? Yela, org lepas mengandung selalu gemuk. Takut gemok ke?”

Aku diam. (Eh, hari tu aku gemok kau bising, hari ni aku kurus pun kau bising. Macam mana orang yang pemikiran macam ni.

Bukan first time aku dapat soalan macam ni, dah banyak kali. Korang ni jeles ke aku maintain slim je? Apa masalah korang ni? Kalau kau gemok lepas kawen, tu masalah kau la)

“Cuba cakap sekarang, kaklong ni nak mengandung ke tak ni?” (Ya Allah, pakcik ni dah buat aku mendidih ni. Aku memang tak sangka ada soalan bodoh macam ni terkeluar dari seorang pakcik yang aku respect)

Tapi aku balas, “mestilah nak, takkan tak nak pulak” Sambil cedok kuah laksam panas-panas.

Pastu pakcik aku gelak-gelak dengan lagi 2 orang pakcik sambil didengar oleh wife pakcik aku dengan anak pempuan dia sekali.

“Ha habis tu bilanya nak mengandung? Anak pakcik dah mengandung pun” (Okay ni memang buat aku marah. Menggigil tangan ni cedok kuah laksam)

Aku tak diam. Aku pun berpaling kepada audience aku kat dapur. “Macam ni lah. Saya kawen dengan husband saya dah 6 tahun. 6 tahun tu bukan tempoh singkat tau, pakcik”

“Tula kalau 6 tahun tu patut ada la sorang dua anak” (Eh, jap saya tak habis lagi speech saya pakcik)

“Macam-macam tau saya lalui dengan husband saya. Kawan-kawan saya, ada 2 tahun kawen, cerai. Ada dapat anak sorang, cerai. Ada baru setahun kawen, cerai. Banyak tau cabaran dia.”

Dia mcm nak jawab, pastu aku terus cakap “tu anak pakcik tu, belum tentu boleh survive 6 tahun macam saya”

-awkward silent kat dapur-

Semua senyap je tak kata apa. Aku bukan la nak doa tapi kau jangan la compare aku punya life, mengandung tak mengandung ke dengan anak kau yg baru kawen terus mengandung.

Anak ni kan rezeki mutlak Allah. Macam jugak ajal, jodoh & rezeki. You lose my respect . Wife dia berubah air muka. Anak dia senyap. Semua la senyap.

Tiba-tiba, sorang makcik bawang menyampuk, “Orang tua2 pun ada cabaran jugak”

Aku terus balas, “haa tau pun. Sebab tu jangan mengata orang lain”. Aku pun selamba je bawa kuah laksam panas2 tadi ke ruang tamu. Nasib tak simbah kat dia.

My points is :

1. NEVER COMPARE YOUR DAUGHTER/SON WITH YOUR NEPHEW/NIECE. Be humble. Because you never know what your daughter’s future holds.

2. If you think your life is better, so it’s enough. Do not belittle other people’s life. Kalau la aku ni mulut jahat, boleh je keluarkan semua fakta lain.

3. Anak tu kan rezeki mutlak Allah. Jangan question pasal rezeki Allah pada orang lain

4. Mentality. Jangan la sempitkan pemikiran tu, asal orang tu lambat mengandung je, cakap dia takut gemok. Hello, ramai je kot my friends yang dah ada anak 3-4-5 orang semua slim je, tak gemok pun. Aku geleng kepala je la ngan orang camni.

Disclaimer: Everyone has their own timeframe. Move with it.

Sumber : Facebook

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.