Siakap Keli

Kanak-Kanak 1 Tahun Maut Disengat Obor-Obor Ketika Mandi-Manda

Sebuah keluarga yang keluar berlibur bersama anak mereka di sebuah pantai tidak menyangka percutian yang sepatutnya gembira bertukar menjadi tragedi apabila anak mereka maut akibat disengat obor-obor.

Tragedi tersebut dikongsikan oleh seorang wanita, Rosemae Tomilloso Alegre mengenai nasib malang yang menimpa anak saudaranya itu ketika mandi-manda di sebuah pantai di Filipina.

Menurutnya, keluarga mangsa ketika itu sedang bergembira di pantai Dalahican di bandar Lucena, Quezon apabila anak mereka Prince Gabriel Mabborang disengat oleh box jellyfish, iaitu spesis obor-obor yang sangat berbisa dan boleh membunuh.

Satu sengatan kecil daripada obor-obor spesis ini amat berbisa dan boleh membawa maut kepada mangsa, terutamanya jika kanak-kanak kecil yang disengat.

Katanya lagi, walaupun keluarga mangsa segera membawa kanak-kanak malang itu ke hospital selepas menyedari dia disengat obor-obor, namun semua sudah terlambat. Kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan kemudian disahkan meninggal oleh pihak hospital.

Bersedih di atas kehilangan tersebut, keluarga mangsa kemudian menyalahkan pihak berkuasa tempatan di atas kegagalan badan mengingatkan orang ramai mengenai bahaya obor-obor di pantai tersebut. Kemarahan memuncak setelah mengetahui anak mereka bukanlah mangsa pertama kepada serangan obor-obor di pantai itu, namun pihak berkuasa tidak meletakkan sebarang papan tanda amaran di situ.

Rosemae turut memaklumkan keluarga mangsa datang semula ke pantai tersebut selepas kematian anak mereka dan menemui beberapa ekor obor-obor terdampar di pantai di mana mereka mandi-manda sebelum ini.

Walaupun kejadian tersebut mendapat perhatian netizen di sana, namun Rosemae memberitahu masih ramai orang awam yang mengambil kesempatan untuk mandai-manda di kawasan tersebut walaupun sudah di beri peringatan beberapa kali.

Sumber : The Summit Express

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.