Siakap Keli

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Bulan Julai Diawal Seminggu

Sebelum ini penjawat awam telah menerima gaji awal dan gaji seterusnya adalah 40 hari, namun kini mereka boleh manarik nafas lega apabila Jabatan Akauntan Negara dalam satu kenyataan mengumumkan tarikh pembayaran gaji bagi bulan Julai diawalkan seminggu daripada 25 Julai 2018(Rabu) sebelum ini kepada 18 Julai 2018(Rabu).

Menurut surat pekeliling yang baru dikeluarkan hari ini oleh Akauntan Negara, Datuk Saat Esa, kerajaan telah bersetuju untuk meminda tarikh pembayaran gaji bulan Julai  ini.

“Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya dalam surat pekeliling tersebut.

Terdahulu, pembayaran gaji bulan Jun juga telah diawalkan daripada 25 Jun kepada 7 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sumber : Akauntan Negara

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey