Siakap Keli

(Video) Anak Tergamak Seret Dan Pukul Ibu Sendiri Kerana Wang

Sebuah klip video yang memaparkan aksi tragis anak perempuan memukul dan menyeret ibu di wilayah Yangquan, Shanxi menjadi tukar di laman sosial baru-baru ini.

Dalam video itu, wanita itu mendakwa bahawa ibunya tidak membayar semula wang yang dipinjam lima tahun lalu.

Kelihatan di dalam video yang diambil oleh saksi, wanita berusia kira-kira tiga puluh tahun, menyeret rambut ibunya ke tanah.

Wanita itu turut bersumpah bahawa ibunya tidak membayar wangnya lima tahun lalu sehingga kini.

Tingkah laku wanita itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

Beberapa orang lelaki tidak dapat mengawal kemarahan mereka apabila warga emas tersebut diperlakukan sedemikian, tapi dengan bantuan pihak polis keadaan menjadi tenang.

Seorang pengguna laman sosial berkata, wanita yang dipukul itu berkahwin lima tahun lalu dan meminjam tiga ribu ringgit dari anak perempuannya.

Namun, ada sesetengah netizen juga mengatakan bahawa wanita yang dipukul itu tidak meminjam wang dan mengalami sakit mental.

Selepas kejadian itu, media tempatan melaporkan bahawa wanita itu tidak sanggup melaporkan tindakan anaknya kepada pihak polis, jadi pihak polis belum membuat sebarang kes.

Pada 25 Jun semalam, Beijing Time mendapat pengesahan daripada stesen polis Yangquan Qiaotou bahawa wanita itu mempunyai penyakit mental. Pihak polis mengatakan bahawa kes itu sedang disiasat dan tidak dapat didedahkan kepada umum.

Sumber : Waonews

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.